Jelas terpancar keceriaan pada wajah para penghuni dari Asrama Budi Mulia Nurul Huda, Chemor di sini, selepas menerima sumbangan kelengkapan pakaian bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Salah seorang penghuni, Haris Firdaus Abdul Haqq, 15, berkata, peluang memilih sendiri pakaian hari raya memberi keterujaan tersendiri buatnya kerana dapat memilih warna yang benar-benar diminati.
Seorang lagi penghuni, Nurhawa Natasha Zainal Abidin, 15, turut berkongsi kegembiraan kerana sekali lagi diberi peluang memilih sendiri pakaian raya yang menjadi pilihan hatinya. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #AsramaBudiMuliaNurulHuda #kelengkapanraya





