IPOH – Perak akan mengenakan syarat yang lebih ketat ke atas permohonan-permohonan lesen bot pelancongan di seluruh negeri.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, ia akan diperhalusi bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Laut bagi mengelak kemalangan seperti insiden bot terbalik di Pantai Teluk Batik, Ogos lalu berulang. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak