MGPerak: Leo Batik Cipta Magis Guna ‘Tanah Liat’

467

Bermula daripada kecenderungan mendalam terhadap seni kraf batik, Noor Laili Abdul Hamid, 46, memulakan langkah sebagai pengusaha Leo Batik dengan pendekatan unik, iaitu menggunakan tanah liat sebagai salah satu medium utama dalam proses pembuatannya.

Disebabkan tertarik dengan dunia fesyen dan keindahan seni batik dia mengambil keputusan untuk mendalami dan mengusahakan perniagaan tersebut pada awal tahun 2024.

Berbekalkan sedikit pengetahuan dan pengalaman dalam pembuatan batik, dia terdorong untuk mengembangkan perniagaan dengan mengeluarkan modal sendiri serta dibantu pasukan yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan rapat.

MARA, STeP tampil beri bimbingan, bantuan

Noor Laili berkata, peluang bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuka ruang lebih besar kepada perniagaannya apabila beliau dijemput membuka reruai di ibu pejabat MARA di Kuala Lumpur yang berjaya mencatat jualan di luar jangkaan.

“Ini kali pertama saya bawa Leo Batik keluar dari Perak dan dekat situ saya rasa macam terkejut sangat-sangat sebab jualan saya tidak pernah saya jangka,” katanya.

Katanya, susulan itu dia turut menerima bimbingan MARA serta bantuan daripada Sekreteriat Usahawan Negeri Perak (STeP) bagi memudahkan urusan jualan.

“MARA turut memberikan bimbingan dan sokongan yang membantu saya mempelajari batik melalui kursus dan saya terus maju dalam bidang ini dengan bimbingan berterusan daripada MARA.

“Saya juga ada menerima bantuan mesin terminal dari STEP untuk memudahkan urusan jual beli dengan pelanggan,” ujarnya. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #LeoBatik #tanahliat

 

ARTIKEL PENUH:

Leo Batik cipta magis guna ‘tanah liat’

Leo Batik cipta magis guna ‘tanah liat’

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini