Polis rampas ketamin bernilai lebih RM1 juta di Pulau Pangkor

LUMUT – Polis berjaya merampas dadah disyaki jenis ketamin seberat lebih 20 kilogram bernilai RM1.01 juta di Pulau Pangkor dekat sini, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, rampasan tersebut dilakukan sekitar jam 9 malam tadi hasil maklumat risikan berkaitan aktiviti dadah.

Menurutnya, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Manjung dengan kerjasama Balai Polis Pangkor telah menemui sebuah guni di kawasan tepi pantai Pasir Bogak.

“Hasil pemeriksaan ke atas guni tersebut membawa kepada penemuan 20 bungkusan plastik yang disyaki mengandungi dadah jenis ketamin dengan anggaran berat keseluruhan 20,200 gram,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

“Kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. Memiliki, mengedar atau melindungi kegiatan ini adalah kesalahan serius di sisi undang-undang,“ ujarnya.

Dalam pada itu, Noor Hisam berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) komited untuk terus membanteras kegiatan dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah boleh menghubungi Hotline JSJN di talian 012-208 7222. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dadah bernilai RM37.3 juta dirampas, banglo mewah jadi stor simpanan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI