DIUJI dalam perniagaan tidak pernah mematahkan semangat pengusaha ikan rebus jenama Mama Meletop, Nurul Huda Abdullah, 42, untuk berhenti dari mencari rezeki yang diusahakannya itu sejak 2021.
Ibu kepada tujuh cahaya mata ini, pernah mengalami masalah kesihatan selama lapan bulan pada 2024 sehingga terpaksa memberhentikan perniagaan hingga tdak mempunyai sumber pendapatan.
Bercakap kepada Malaysia Gazette (MG) Perak, Nurul Huda berkata, bagaimanapun berkat bantuan dari dua agensi kerajaan negeri iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) beliau bangkit semula sehingga kini.
Menurutnya, dia mula menjual ikan rebus segar sekitar hujung tahun 2021 selepas kehilangan pekerjaan dan mempelajarinya di Giat Mara Batu Gajah sebelum memulakan usaha secara kecil-kecilan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #IkanRebusMamaMeletop #MAIPk #STeP





