MGPerak: Projek HLEP RM5.8 Bilion Di Tiga Stesen Hidroelektrik Pacu Pertumbuhan Ekonomi Hulu Perak

236

Pelaksanaan Projek Hydro Life Extension Programme (HLEP) yang melibatkan nilai pelaburan RM5.8 bilion oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tiga stesen hidroelektrik bakal menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi setempat di sini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, projek yang melibatkan stesen hidroelektrik Temengor, Bersia dan Kenering itu dijangka akan merancakkan pembangunan di daerah Hulu Perak.

Katanya, pelaburan berskala besar ity turut akan menggerakkan keseluruhan ekosistem ekonomi setempat melalui penglibatan pelbagai pihak dalam rantaian pelaksanaan. -MGPerak

#MGPerak #HydroLifeExtensionProgramme #HLEP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini