Lelaki tidak siuman berbogel, berkelakuan tidak senonoh ditahan polis

TELUK INTAN – Polis menahan seorang lelaki dipercayai tidak siuman selepas berkelakuan tidak senonoh dalam keadaan berbogel serta mengganggu lalu lintas di Jalan Langkap–Chui Chak, dekat Pekan Langkap di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, sepasukan anggota Task Force Ronda Cegah Jenayah telah menerima maklumat berhubung lelaki berusia 41 tahun itu sekitar jam 9.35 malam.

“Suspek kemudiannya ditahan dan telah dibawa ke Balai Polis Langkap untuk tindakan lanjut dan seterusnya dirujuk ke Hospital Teluk Intan bagi mendapatkan rawatan serta penilaian pakar psikiatri,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video kejadian bagi menjaga maruah individu terlibat.

“Tindakan polis adalah bagi memastikan keselamatan awam serta membantu individu berkenaan mendapat rawatan sewajarnya,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan

Polis siasat kejadian tular pemandu bas ditumbuk pemandu lori di JRTB

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI