Perak belanja RM1.82 juta perkasa industri kreatif

IPOH – Perak membelanjakan peruntukan RM1.82 juta bagi pembangunan industri kreatif negeri menerusi Dana Kreatif Perak@PORT (DKP) yang membabitkan lebih 500 permohonan sejak diperkenalkan pada tahun 2019.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bagi edisi tahun 2025/2026, sebanyak 123 permohonan diluluskan melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM393,000 yang merangkumi kategori Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Persembahan.

Katanya, DKP merupakan satu bentuk sokongan kewangan kepada para penggiat seni tempatan untuk melaksanakan projek serta program berteraskan seni, budaya dan kandungan kreatif.

Dana Kreatif Perak RM1.82 juta industri kreatif” “Dana Kreatif Perak PORT” “industri kreatif Perak 2025” “Saarani Mohamad seni Perak” “bantuan penggiat seni Perak” “PORT Perak dana seni” “inisiatif seni budaya Perak”
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media majlis Penyerahan Dana Kreatif Perak@Port 2025/2026 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 08 APRIL 2026.

“Saya dimaklumkan bahawa bagi edisi kali ini, sebanyak 221 permohonan dana telah diterima, dengan 123 permohonan diluluskan, ia sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam membangunkan industri kreatif di Perak

“Perkembangan ini jelas menunjukkan minat dan potensi besar dalam kalangan penggiat seni tempatan, selain memperlihatkan pertumbuhan positif industri kreatif di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Dana Kreatif Perak@PORT (DKP) kepada 10 penerima di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah People Of Remarkable Talents (PORT), Datuk Khairudin Abu Hanipah; Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak merangkap Ahli Lembaga PORT, Mohamad Hamidi Baharuddin serta Pengurus Besar PORT, Nur Hanim Mohamed Khairuddin.

Dana Kreatif Perak RM1.82 juta industri kreatif” “Dana Kreatif Perak PORT” “industri kreatif Perak 2025” “Saarani Mohamad seni Perak” “bantuan penggiat seni Perak” “PORT Perak dana seni” “inisiatif seni budaya Perak”
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyerahkan Dana Kreatif Perak@Port 2025/2026 kategori seni muzik kepada Mohd Zuwairi Idris @ Ahmad Nawawi di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 08 APRIL 2026.

Mengulas lanjut Saarani berkata, kerajaan negeri bukan sahaja membantu penggiat seni menjayakan karya mereka, malah turut memperkukuh ekosistem industri kreatif serta mengetengahkan bakat tempatan ke peringkat yang lebih luas.

“Saya percaya sumbangan para penggiat seni amat penting dalam memperkayakan warisan budaya serta membentuk nilai dan identiti masyarakat.

“Sokongan seperti ini mampu merangsang lebih banyak penghasilan karya yang berkualiti dan memberi manfaat kepada komuniti,” katanya.

Tegas beliau, kerajaan negeri akan terus komited dalam memperkasa sektor itu agar industri kreatif Perak terus berkembang, memberi impak kepada masyarakat serta mengharumkan nama negeri di peringkat yang lebih tinggi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Warisan seni kompang penyatu anak muda 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI