Penduduk tempatan dan pelajar perlu mendalami sejarah Lenggong supaya dapat menyampaikan maklumat tepat kepada pelancong, terutama sempena penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026), sekali gus menjadikan mereka duta kecil di daerah tersebut.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, komuniti setempat di kawasan Lenggong perlu terlebih dahulu memahami serta menghayati sejarah dan warisan yang terdapat di kawasan tersebut sebelum dipromosikan kepada pelancong luar.
Menurutnya, selain itu, pendedahan awal juga perlu diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah supaya mereka benar-benar memahami sejarah setempat, termasuk penemuan bersejarah Perak Man di Lenggong. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #MBPerak #tahunmelawatmalaysia2026 #Lenggong





