Langkah penjimatan yang sedang dilaksanakan kerajaan susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat ketika ini tidak menjejaskan persiapan pasukan negeri Perak dalam menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 pada Ogos depan.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, bagaimanapun kerajaan negeri akan mengoptimumkan penggunaan bajet yang telah diluluskan dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2026 khususnya yang membabitkan program latihan atlet.
Katanya, kerajaan negeri memahami cabaran semasa yang dihadapi dalam memastikan semua keperluan yang berkaitan dapat dipenuhi, namun perbelanjaan tetap dilaksanakan secara berhemah. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #SUKMASelangor2026


