MGPerak: Projek BYD Tanjung Malim: ADUN Perak Gesa MITI, MIDA Nilai Semula Dasar EV

45

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak meminta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) agar menilai semula dasar perlindungan industri terhadap kilang kenderaan elektrik (EV).

Ia susulan penghentian pelaksanaan projek pembinaan kilang pemasangan kenderaan oleh syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, BYD di Tanjung Malim.

ADUN Behrang, Salina Samsudin berkata, syarat-syarat yang dikeluarkan MITI menerusi dasar berkenaan dikhuatiri akan mengurangkan keyakinan pelabur lain untuk melabur di negara ini khususnya di Perak. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #projekBYD #tanjungmalim

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini