IPOH – Sebanyak RM5.23 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri Perak bagi melaksanakan pelbagai program serta projek pembangunan luar bandar sebagai usaha merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, segala kemajuan yang diusahakan kerajaan negeri perlu sampai kepada penduduk kampung, masyarakat Orang Asli serta komuniti yang tinggal jauh daripada pusat bandar. – MGPerak
#MGPerak #MBPerak #SaaraniMohamad #BelanjawanPerak2027 #PerakSejahtera2030





