INSKEN seru usahawan kuasai teknologi digital, AI hadapi ketidaktentuan ekonomi global

IPOH – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) memberi penekanan berterusan terhadap penguasaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan usahawan Bumiputera sebagai langkah memperkukuh daya tahan ekonomi negara.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN, Datuk Mustaffa Kamil Ayub berkata, ketika pandemik COVID-19 yang lalu, fokus utama diberikan kepada perniagaan digital kerana ia menjadi elemen penting dalam memastikan kelangsungan operasi perniagaan.

Menurutnya, pendekatan proaktif melalui latihan, bimbingan serta penerapan teknologi terkini akan terus diperkasakan bagi memastikan usahawan tempatan kekal berdaya saing dalam era digital terutamanya sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi global pada masa ini.

“Waktu pandemik dulu, kita lebih mengutamakan juga perniagaan secara digital antara yang kita berikan penekanan, namun dalam masa yang sama pada hari ini, ia bukan sangat soal pandemik atau krisis yang ada di Timur Tengah, sebaliknya kita saksikan bahawa perniagaan digital itu kian meningkat.

“Dalam konteks negara ini, saya fikir tak ada pilihan. Kita perlu menguasai AI (kecerdasan buatan), pemasaran secara digital, agentic marketing system (sistem pemasaran agenik) yang ada dan saya yakin usahawan Melayu boleh ke hadapan dalam hal ini.

“Untuk demikian, saya kira dalam konteks INSKEN nantinya inshaAllah bersama dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) pusat mahupun negeri, untuk kita menyemarakkan persoalan dari segi menghadapi cabaran ekonomi yang ada pada hari ini,” katanya.

INSKEN seru usahawan kuasai teknologi digital, AI hadapi ketidaktentuan ekonomi global
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Datuk Mustaffa Kamil Ayub ketika sidang media pada Program Forum Niaga MADANI 2026 dan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak Kali Ke-11 di Kolej Poly-Tech Mara, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 APRIL 2026.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Forum Niaga MADANI dan Mesyuarat Agung DPMM Perak kali ke-11 di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Presiden DPMM, Amirhamzah Karim dan Naib Presiden DPMM merangkap Yang Dipertua DPMM Perak, Datuk Ir Ts Kamarullaffei Ahmad.

Sementara itu, Mustaffa berkata, Malaysia berada di kedudukan terbaik kerana mempunyai hubungan seimbang di antara negara Barat dan Timur antaranya seperti Rusia, Amerika, China, India, dan Timur Tengah.

“Saya yakin, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyeimbangkan hubungan terutamanya dalam soal perniagaan, kita (kerajaan) mampu menanganinya dengan cara yang terbaik.

“InshaAllah, INSKEN akan memainkan peranan yang proaktif dalam hal ini dalam membantu para usahawan kita ke hadapan menangani cabaran ekonomi global yang ada pada hari ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan semasa ekonomi global yang dipengaruhi ketegangan geopolitik, khususnya di Asia Barat dan Timur Tengah, yang memberi kesan kepada landskap perniagaan dunia. – MGPerak

Artikel Berkaitan:

Konflik Asia Barat: Tiada pakej rangsangan ekonomi buat masa ini – Amir Hamzah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI