INSKEN sasar latih 50,000 usahawan tahun ini

IPOH – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menyasarkan untuk melatih seramai 50,000 usahawan pada tahun ini sebagai sebahagian usaha berterusan memperkukuh ekosistem keusahawanan negara.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN, Datuk Mustaffa Kamil Ayub berkata, sepanjang dua dekad lalu, INSKEN telah berjaya melatih kira-kira 160,000 usahawan di seluruh negara termasuk 25,000 orang pada tahun lalu.

Menurutnya, kerjasama strategik antara Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan INSKEN dijangka mampu memperluas impak pembangunan usahawan, khususnya melalui pelaksanaan Pusat Rujukan Inklusif Usahawan Madani (PRIME).

“InshaAllah kita mengharapkan gandingan di antara DPMM dan INSKEN ini dapat menggerakkan Pusat Rujukan Inklusif Usahawan Madani (PRIME) yang kita gabung jalinkan di antara INSKEN dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Forum Niaga MADANI dan Mesyuarat Agung DPMM Perak kali ke-11 di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Presiden DPMM, Amirhamzah Karim dan Naib Presiden DPMM merangkap Yang Dipertua DPMM Perak, Datuk Ir Ts Kamarullaffei Ahmad.

Dalam perkembangan sama, Mustaffa berharap DPMM dapat memainkan peranan penting dalam menggerakkan pusat usahawan sebagai pusat sehenti di setiap negeri dan daerah.

“Saya harap dalam masa yang sama, DPMM akan bersama menggerakkan pusat usahawan (PRIME) ini sebagai one-stop centre (pusat sehenti) yang penting di setiap negeri dan juga di setiap daerah,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa inisiatif berkenaan juga menjadi platform penting untuk mendengar serta menangani pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan Bumiputera masa kini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

INSKEN seru usahawan kuasai teknologi digital, AI hadapi ketidaktentuan ekonomi global

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI