Penunggang ‘superbike’ maut terperosok di bawah Hilux

GERIK – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi (superbike) maut selepas terperosok di bawah sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) menghala ke Hentian Titiwangsa, pada petang Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 5.03 petang.

Menurut beliau, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi dan tiba kira-kira 30 minit kemudian.

“Setibanya anggota di lokasi kejadian terdapat satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dengan sebuah superbike jenis Honda CBR.

“Mangsa yang juga penunggang superbike merupakan seorang lelaki berumur dalam lingkungan 55 tahun telah terperosok di bawah kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sabarodzi berkata, mangsa kemudiannya berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

“Anggota bomba seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 6.26 petang,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua maut nahas kereta, treler di Lebuhraya Timur Barat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI