Anggota keluarga dan masyarakat diminta untuk lebih peka terhadap keselamatan kanak-kanak bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa jenayah seperti pengabaian atau hilang.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, ini kerana semua pihak harus bertanggungjawab melindungi khazanah negara itu.