Program santai MSNPk suntik semangat atlet Perak menjelang SUKMA

IPOH – Program Santai Bersama Atlet Sepenuh Masa dan warga kerja Majlis Sukan Negeri Perak (MSNPk) menjadi antara pengisian penting dalam salah satu fasa persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 di Selangor.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, atlet yang menyertai program tersebut dilihat cukup bersemangat dan ceria untuk mengikuti setiap aktiviti yang telah disusun.

Menurutnya, situasi tersebut adalah petanda positif bahawa persediaan atlet negeri berada pada tahap yang baik dan diyakini mampu mempamerkan prestasi terbaik ketika SUKMA berlangsung nanti.

“Saya difahamkan lebih kurang 150 orang atlet terlibat melibatkan program senamrobik, aerodance dan juga ada permainan dalam kumpulan yang melibatkan beberapa kumpulan.

“Tujuan dan matlamatnya adalah untuk memberi satu ikatan persahabatan dan juga pertalian yang cukup erat di kalangan atlet,” katanya.

Program santai MSNPk suntik semangat atlet perak menjelang SUKMA
Suasana sekitar Program Santai Bersama Atlet Sepenuh Masa Majlis Sukan Negeri Perak (MSNPk) di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 APRIL 2026.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program tersebut di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo di sini pada Rabu. Turut hadir, Pengarah MSNPk, Mazlan Mohamad.

Dalam pada itu, Khairudin berkata, elemen semangat kekitaan dan ukhuwah dalam kalangan atlet perlu terus diperkukuh kerana ia menjadi antara faktor penting dalam membina daya juang pasukan.

“Salah satu perkara yang perlu kita titikberatkan adalah semangat kekitaan dan ukhuwah antara atlet itu cukup kita pertahankan.

“Kerana itu juga akan timbulnya semangat melawan, semangat Belang Tarung Tiga Warna yang kita telah terapkan itu betul-betul dihadam oleh semua atlet yang terlibat dalam SUKMA itu nanti,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penangguhan SUKMA 2026: Perak akur dengan sebarang keputusan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI