Kompleks Pendidikan Perak Beroperasi Penuh Bermula Jun

IPOH – Bangunan baharu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak yang dikenali sebagai Kompleks Pendidikan Negeri Perak di Meru Raya di sini, siap dibina dengan kos dianggarkan sebanyak RM58 juta. 

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kompleks yang dibangunkan di atas tanah berkeluasan kira-kira 2.5 hektar itu siap dibina pada Mac lalu sebelum diserahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Kompleks ini telah beroperasi secara berperingkat dan pengoperasian penuh dijangka bermula pada awal Jun depan. 

“Oleh itu, bangunan lama JPN Perak (di Jalan Tun Abdul Razak) akan diserahkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Utara,” katanya.  

Kompleks Pendidikan Negeri Perak RM58 juta operasi Jun JPN Perak Meru Raya, bangunan baharu JPN Perak, projek pendidikan Perak RM58 juta, operasi penuh kompleks pendidikan Jun, Fadhlina Sidek JPN Perak, kemudahan pendidikan Perak, pembangunan infrastruktur pendidikan negeri
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika sesi sidang media pada Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan Bangunan Baharu Kompleks Pendidikan Negeri Perak di Bandar Raya Meru, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 MEI 2026.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media bersempena Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan Bangunan Baharu Kompleks Pendidikan Negeri Perak di Meru Raya, di sini, pada Selasa. 

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh; Pengarah Pendidikan Negeri, Zulkafli Mohamed Mokhtar, serta Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Datuk Ir Ibrahim Esa. 

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata reka bentuk kompleks itu turut menggabungkan elemen yang mencerminkan identiti budaya di negeri Perak. 

Kompleks Pendidikan Negeri Perak RM58 juta operasi Jun JPN Perak Meru Raya, bangunan baharu JPN Perak, projek pendidikan Perak RM58 juta, operasi penuh kompleks pendidikan Jun, Fadhlina Sidek JPN Perak, kemudahan pendidikan Perak, pembangunan infrastruktur pendidikan negeri
Bangunan baharu Kompleks Jabatan Pendidikan Negeri Perak di Bandar Raya Meru, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 MEI 2026.

Ujar beliau, ia termasuk kepada struktur ikonik yang berinspirasikan kepada seni rumah tradisional Perak pada bahagian binaan pintu masuk.

“Ini adalah hasil sinergi kukuh antara Kementerian Pendidikan dan JKR dalam memastikan kemudahan pendidikan bukan sahaja berfungsi dengan baik, malah selamat serta menyokong keperluan pembelajaran.

“Kompleks ini dilengkapi kemudahan termasuk makmal komputer, bilik seminar, ruang kaunseling, dewan utama serta pejabat pentadbiran,” katanya lagi. 

Menteri Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek (tengah) menyaksikan sesi penyerahan dokumen projek antara Pengarah Kerja Raya Perak, Zamri Mat Kasim dengan Timbalan Ketua Setiausaha KPM (Pengurusan), Datuk Wan Hashim Wan Rahim pada Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan Bangunan Baharu Kompleks Pendidikan Negeri Perak di Bandar Raya Meru, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 MEI 2026.

Terdahulu, Ibrahim dalam ucapannya berkata, Kompleks Pendidikan Negeri Perak dibangunkan dengan tiga blok bangunan yang kesemuanya mampu menampung kapasiti 400 orang. 

Menurut beliau, selain reka bentuk fasad dan kontemporari, kompleks berkenaan turut dilengkapi dengan Rainwater Harvesting System atau Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) sebagai usaha menyokong pengurusan sumber air yang mampan.

Kompleks Pendidikan Negeri Perak terdiri daripada tiga blok bangunan pentadbiran masing tujuh tingkat, empat tingkat dan enam tingkat. 

“Secara keseluruhannya, projek pembinaan bangunan ini telah dibuat secara ‘commissioned-produce’ dan kontraktor yang dilatih adalah Sunissa Sdn Bhd,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Biasiswa Menteri Besar bantu perkasa pendidikan pelajar B40

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI