Lelaki disyaki bunuh wanita warga emas direman lima hari

IPOH – Seorang lelaki yang disyaki membunuh seorang wanita warga emas di sebuah rumah di Persiaran Pegoh Aman 2, Taman Desa Aman di sini, semalam direman selama lima hari mulai hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 53 tahun itu dikeluarkan Majistret Evangelin Simon Silvaraj di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Proses bedah siasat masih belum selesai dan masih dalam tindakan pihak forensik di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu media melaporkan, seorang wanita warga emas berusia 70 tahun ditemukan maut dengan kesan kecederaan dipercayai akibat ditetak pada bahagian badan, kepala dan leher mangsa.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi.

Suspek yang juga jiran mangsa, pernah dihantar menjalani rawatan kesihatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) pada Februari lalu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita warga emas maut ditetak, jiran ditahan bantu siasatan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI