IPOH – Kerajaan Perak mahu memastikan setiap dasar yang dirangka bukan sekadar mencatat kejayaan di atas kertas, sebaliknya ia benar-benar memberi kesan langsung kepada segenap aspek kehidupan rakyat.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, justeru kerajaan negeri mengetengahkan pendekatan merangka dasar negeri yang lebih jujur dan lebih berpijak di bumi nyata menerusi tema ‘Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina’. – MGPerak





