Kejayaan dasar diukur melalui kesan dirasai rakyat – Saarani

IPOH – Kerajaan Perak mahu memastikan setiap dasar yang dirangka bukan sekadar mencatat kejayaan di atas kertas, sebaliknya ia benar-benar memberi kesan langsung kepada segenap aspek kehidupan rakyat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, justeru kerajaan negeri mengetengahkan pendekatan merangka dasar negeri yang lebih jujur dan lebih berpijak di bumi nyata menerusi tema ‘Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina’.

Kejayaan dasar dirasai rakyat Saarani Mohamad, dasar kerajaan Perak, Hasil Dirasa Keyakinan Dibina, Persidangan Polisi dan Kajian Perak 2026, Institut Darul Ridzuan, pembangunan negeri Perak, dasar berasaskan rakyat, polisi kerajaan negeri, pembangunan sosial Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Persidangan Polisi dan Kajian Perak 2026 anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 07 MEI 2026.

Katanya, tema itu dipilih hasil daripada daripada yang konstruktif, termasuk ketika barisan pentadbiran Kerajaan Negeri mengadakan ‘State Leadership Retreat’ pada awal tahun ini.

“Ia muncul atas kesedaran bahawa kita tidak mahu lagi menilai kejayaan hanya melalui pelaksanaan atau perbelanjaan. Kita mahu menilai kejayaan melalui kesan sebenar kepada rakyat.

“Apabila perkara-perkara ini berlaku secara konsisten, keyakinan tidak perlu dibina melalui kata-kata. Ia akan terbina dengan sendirinya. Kerana keyakinan rakyat bukan datang daripada apa yang kita umumkan, tetapi daripada apa yang mereka alami,” katanya.

Kejayaan dasar dirasai rakyat Saarani Mohamad, dasar kerajaan Perak, Hasil Dirasa Keyakinan Dibina, Persidangan Polisi dan Kajian Perak 2026, Institut Darul Ridzuan, pembangunan negeri Perak, dasar berasaskan rakyat, polisi kerajaan negeri, pembangunan sosial Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan Persidangan Polisi dan Kajian Perak 2026 anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 07 MEI 2026.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Perak Policy And Research Conference atau Persidangan Polisi dan Kajian Perak 2026 anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) di Hotel Casuarina@Meru di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abd Rahim.

Persidangan berlangsung selama sehari yang bertemakan ‘Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina’ itu dianjurkan sebagai menghimpunkan pembuat dasar, penyelidik, ahli akademik dan pemain industri bagi membincangkan hala tuju pembangunan negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menerima cenderahati pada Persidangan Polisi dan Kajian Perak 2026 anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 07 MEI 2026.

Ia menampilkan sesi dialog, pembentangan poster penyelidikan dan pembentangan penyelidikan yang menyentuh aspek pembangunan ekonomi, kesejahteraan sosial dan pembangunan modal insan.

Tambah Saarani, rakyat menilai keberkesanan sesuatu dasar melalui pelbagai sudut dalam kehidupan harian mereka termasuk misalnya dalam hal peluang pekerjaan, kos sara hidup dan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) antara Ketua Pegawai Operasi Institut Darul Ridzuan, Azizul Hakim Abd Karim dan Naib Canselor
Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed pada Persidangan Polisi dan Kajian Perak 2026 anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 07 MEI 2026.

Oleh itu tegas beliau, setiap dasar negeri yang dirangka perlu dibina berasaskan kepada data yang disokong dengan penyelidikan serta realiti sebenar di lapangan, dan bukannya kepada andaian semata-mata.

“Selama ini penyelidikan sering dilihat sebagai sesuatu yang jauh daripada pentadbiran. Seolah-olah ia hanya berlegar dalam bilik seminar dan jurnal akademik. Pandangan sebegini wajar kita ubah.

“Kerana hakikatnya, penyelidikan mesti turun dan berada di lapangan. Ia mesti menyentuh kehidupan rakyat, dan akhirnya, ia mesti memandu keputusan yang kita ambil,” jelasnya.

Tambah Saarani, meskipun angka pertumbuhan, pelaburan dan pencapaian ekonomi menjadi keutamaan namun, ia tidak boleh menafikannya hakikat bahawa rakyat tidak hidup sekadar dalam angka.

“Rakyat merasa sejahtera apabila mereka tahu ke mana hendak mengadu. Apabila mereka tidak terbeban untuk mendapatkan rawatan. Apabila bekerja, mereka rasa dilindungi. Dan mereka merasa sejahtera apabila dapat menjalani kehidupan dengan bermaruah,” ujarnya.

Sesi dialog pada Persidangan Polisi dan Kajian Perak 2026 anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 07 MEI 2026.

Justeru beliau berkata, penganjuran persidangan berkenaan bukan sekadar program yang memenuhi takwim tahunan, sebaliknya berfungsi sebagai panduan strategik untuk memastikan Perak bergerak tepat ke aras aspirasi negeri serta keperluan rakyat.

Menurut beliau, persidangan yang dihadiri 400 peserta itu membabitkan 323 cadangan kajian dan penyelidikan daripada golongan pemikir, ahli akademik dan profesional bagi membantu memperkukuh pembangunan dasar kerajaan negeri.

Saarani berkata, jumlah tersebut membuktikan negeri ini tidak ketandusan idea dalam memastikan Perak bergerak ke arah yang tepat dengan sasaran pembangunan yang jelas dan tidak tersasar daripada keperluan rakyat.

“Lebih penting ialah sejauh mana segala perbincangan, dapatan dan idea yang dikongsikan dapat diterjemahkan menjadi tindakan yang memberi makna kepada rakyat serta masa depan negeri,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Yayasan Perak lulus 17 rumah baharu, 120 kediaman dibaiki

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI