Sultan Nazrin perkenan 94 belia sampaikan khutbah Jumaat

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan 94 orang belia menyampaikan khutbah Jumaat di semua masjid dan surau diri Jumaat semua daerah di negeri ini pada esok.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, perkenan untuk membacakan khutbah bertajuk ‘Belia: Tenaga Penggerak Kemajuan Negara’ itu diberikan bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara yang akan disambut 15 Mei ini.

“Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah mengemukakan 94 nama pemimpin belia yang telah diperkenankan Sultan Nazrin untuk membacakan khutbah di masjid dan surau diri Jumaat pada 8 Mei,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengikut senarai pemimpin belia yang dilampirkan, mereka yang terlibat membaca khutbah antaranya mewakili pelbagai pertubuhan belia.

Ia termasuk, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Belia Daerah, Kelab Belia Masjid, Kelab Rakan Muda serta Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).  – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dewan Belia Perak asas melahirkan pemimpin muda berwibawa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI