Sultan Perak hadir sambutan Aidiladha bersama pemimpin negeri

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menghadiri Majlis Santapan Sambutan Aidiladha yang disertai pemimpin-pemimpin negeri di Dewan Bandaran Ipoh di sini, pada Selasa.

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad serta barisan Exco, kepimpinan dan pentadbiran jabatan dan agensi negeri.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Sambutan Hari Raya Aidiladha 2026 di Dewan Bandaran Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 27 MEI 2026.

Keberangkatan tiba Sultan Nazrin sekitar jam 10 pagi dan baginda menyapa tetamu dengan ucapan salam serta selamat hari raya sebelum majlis santapan bermula.

Kira-kira 300 pemimpin negeri hadir ke majlis tersebut dan disertai lebih 100 orang yang lain termasuk petugas media.

Sultan Nazrin berangkat meninggalkan majlis pada jam 11.30 pagi.

Baginda sebelum itu menunaikan berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama 1,000 jemaah di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri), di sini. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI