ERAT @ Kinta Riverwalk sasar tarik 10,000 pengunjung sepanjang enam bulan

IPOH – Penganjur program ERAT @ Kinta Riverwalk menyasarkan kehadiran sehingga 10,000 pengunjung dari dalam dan luar negeri sepanjang tempoh enam bulan pelaksanaan projek rintis itu.

Wakil Persatuan Komuniti Seniman Jalanan Perak, Mohd Asrulnai Zaini berkata, sasaran itu dilihat realistik berdasarkan sambutan memberangsangkan yang diterima sepanjang dua hari penganjuran siri pertama program berkenaan.

“Setakat dua hari program ini berlangsung, kita telah mencatatkan jumlah pengunjung sekitar 1,500 orang dan penyertaan sekitar 40 vendor. Sebelum ini, kawasan ini memang agak sunyi kerana kurang kehadiran pengunjung.

“Jadi, kita akan terus meningkatkan sasaran ini. Jika boleh mencecah sehingga 10,000 pengunjung, mengapa tidak? Kita mahu tingkatkan jumlahnya pada setiap siri penganjuran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada perasmian ERAT @ Kinta Riverwalk, di sini, yang disempurnakan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching, pada Sabtu.

ERAT @ Kinta Riverwalk Related Keyphrases Kinta Riverwalk Ipoh 10,000 pengunjung Kinta Riverwalk aktiviti komuniti Ipoh Persatuan Komuniti Seniman Jalanan Perak tarikan pelancongan Ipoh ERAT @ Kinta Riverwalk Kinta Riverwalk Ipoh 10,000 pengunjung Kinta Riverwalk Aktiviti komuniti Ipoh Tarikan baharu Ipoh Pelancongan Ipoh Persatuan Komuniti Seniman Jalanan Perak Vendor tempatan Ipoh Ruang awam Ipoh Acara hujung minggu Ipoh
Wakil Persatuan Komuniti Seniman Jalanan Perak, Mohd Asrulnai Zaini

Menurut beliau, kehadiran pengunjung yang memberangsangkan juga membuktikan kawasan tersebut mempunyai potensi untuk dijadikan lokasi tumpuan aktiviti komuniti yang mampu menarik lebih ramai orang ke bandar raya ini.

Mengulas lanjut Mohd Asrulnai berkata, projek rintis ERAT @ Kinta Riverwalk akan diteruskan pada hujung minggu terakhir setiap bulan selama lima bulan akan datang dengan tema dan pengisian yang berbeza.

“Malam ini merupakan siri yang pertama. Selepas ini, setiap hujung minggu terakhir setiap bulan untuk lima bulan akan datang, kita akan tampil dengan tema dan aktiviti yang berbeza.

“Harapan kami supaya semakin ramai orang datang menikmati ruang ini, semakin ramai komuniti tampil dengan idea dan aktiviti mereka sendiri, dan bersama-sama membuktikan Ipoh adalah bandar yang hidup serta kreatif,” ujarnya.

ERAT @ Kinta Riverwalk Related Keyphrases Kinta Riverwalk Ipoh 10,000 pengunjung Kinta Riverwalk aktiviti komuniti Ipoh Persatuan Komuniti Seniman Jalanan Perak tarikan pelancongan Ipoh ERAT @ Kinta Riverwalk Kinta Riverwalk Ipoh 10,000 pengunjung Kinta Riverwalk Aktiviti komuniti Ipoh Tarikan baharu Ipoh Pelancongan Ipoh Persatuan Komuniti Seniman Jalanan Perak Vendor tempatan Ipoh Ruang awam Ipoh Acara hujung minggu Ipoh
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching (dua dari kanan) menyempurnakan majlis perasmian Program ERAT @ Kinta Riverwalk di Ipoh.

Beliau berkata, konsep perjalanan program akan dikekalkan namun jenis vendor serta aktiviti akan dipelbagaikan mengikut trend semasa bagi menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.

Menurut Mohd Asrulnai, antara tema yang boleh diketengahkan termasuk elemen nostalgia dan kenangan lama, selain aktiviti santai yang bersesuaian dengan identiti bandar raya ini.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan respons orang ramai terhadap penganjuran siri pertama program ERAT @ Kinta Riverwalk sebagai amat positif dan memberangsangkan.

Beliau turut berharap agar lebih ramai pihak termasuk komuniti setempat dapat bersama-sama menjayakan program itu agar Kinta Riverwalk terus dikenali sebagai antara kawasan rekreasi dan kesenian utama di Ipoh. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak rancakkan aktiviti malam, tarik lebih ramai pelancong

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI