MGPerak: Mohd Alwi Ketua Polis Perak Baharu Ganti Noor Hisam

89

IPOH – Bekas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Noor Hisam Nordin yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman berkuat kuasa 15 Jun depan.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri di Mes Pegawai Kanan Polis di Jalan Sultan Azlan Shah di sini. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini