Individu fitnah ‘tok batin’ sorok Jaslinda diburu polis

TAPAH – Polis sedang mengesan seorang lelaki terlibat dalam sebuah video tular di media sosial yang didakwa memfitnah dan mengaibkan Tok Batin Kampung Orang Asli (KOA) Lubuk Gaharu, di sini, Mohd Asmmadi Abdullah.

Video yang tular di platform media sosial TikTok itu mendakwa pendaki wanita, Jaslinda Saludin telah ‘disimpan’ oleh tok batin selama dua minggu dan jika perkara terbabit tidak tular berkemungkinan tok batin akan berkahwin dengan wanita itu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim ketika dihubungi Malaysia Gazette berkata, sebanyak lima laporan polis telah diterima setakat ini.

“Laporan yang diterima adalah berkaitan suspek yang dikatakan mengaib dan memfitnah Tok Batin Lubuk Gaharu, Tapah.

“Sisatan dibuka dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, kira-kira 50 tok batin dan wakil masyarakat Orang Asli dari daerah Batang Padang, Muallim dan Kinta tampil membuat laporan polis pada Selasa bagi membantah dakwaan serta fitnah yang tular dalam media sosial terhadap Mohd Asmmadi Abdullah, berhubung penemuan pendaki wanita Jaslinda Saludin di kawasan Gunung Batu Putih baru-baru ini.

Tok Batin KOA Lata Kinjang, Rani Bah Ulin berkata laporan itu dibuat susulan penyebaran kandungan video oleh seorang pengguna media sosial yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak berasas sehingga mencemarkan nama baik Mohd Asmmadi serta institusi kebatinan Orang Asli. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI