Lebih 200 rumah terjejas akibat ribut di Ipoh

IPOH – Sebanyak 240 rumah di beberapa kawasan sekitar Bercham di sini dilaporkan terjejas akibat kejadian ribut yang melanda susulan cuaca hujan lebat berterusan serta angin kencang, pada petang Jumaat.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kinta berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu pada jam 5.20 petang.

Katanya, kejadian itu telah mengakibatkan banyak banyak tiang elektrik tumbang di kawasan perumahan dan jalan raya sehingga bekalan elektrik terpaksa diputuskan sementara oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) demi keselamatan penduduk.

240 rumah terjejas ribut di Ipoh Keyphrase Synonyms ribut di Bercham rumah rosak akibat ribut di Ipoh kejadian ribut di Bercham angin kencang di Ipoh cuaca buruk jejaskan penduduk Bercham Related Keyphrase ribut di Ipoh 240 rumah terjejas akibat ribut hujan lebat dan angin kencang Bercham pokok tumbang di Bercham PPS Dewan Dato Ahmad Said
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta sedang melakukan pemantauan awal di kawasan perumahan yang terjejas ribut di Bercham, Ipoh. Foto APM

“Berlaku hujan lebat berterusan beserta angin kencang selama kira-kira satu jam 30 minit yang menyebabkan ribut di kawasan Anjung Bercham. Laluan di Dataran Tasek Timur 6 mencatatkan jumlah kerosakan tertinggi dengan anggaran 177 buah rumah terjejas.

“Turut terlibat ialah laluan di Hala Tasek Timur 1 dan Lorong Bercham 19 masing-masing membabitkan 22 rumah, selain Hala Tasek Timur 34 (10 rumah), Laluan Tasek Timur 15 (lima rumah), serta Lintasan Tasek Timur 1 dan Lintasan Tasek Timur 3 yang masing-masing melibatkan dua rumah,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta yang menerima maklumat berkenaan kejadian itu telah menggerakan anggota ke lokasi bagi menjalankan pemantauan awal kerosakan.

“Pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) turut berada di lokasi bagi membantu operasi serta menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan yang terjejas.

“Kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang dan membersihkan laluan yang terhalang sedang dilaksanakan secara berperingkat oleh anggota APM bersama petugas MBI,” katanya lagi.

Dalam pada itu ujarnya, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Dato’ Ahmad Said telah diletakkan dalam mod siap siaga sekiranya terdapat keperluan untuk menempatkan mangsa yang terjejas.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta sedang melakukan pemantauan awal di kawasan perumahan yang terjejas ribut di Bercham, Ipoh. Foto APM

Jelasnya, Pegawai Daerah Kinta juga telah mengarahkan semua agensi berkaitan berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pembukaan PPS sekiranya keadaan cuaca bertambah buruk

“Setakat petang Jumaat, cuaca di kawasan terlibat dilaporkan masih hujan dan pihak berkuasa terus memantau perkembangan semasa bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak salur bantuan segera, keselamatan, keperluan mangsa ribut diutamakan 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI