Pengunjung ‘Big Bad Wolf Ipoh’ berpeluang menang bar emas 10 gram

IPOH – Pengunjung Big Bad Wolf Ipoh 2026 berpeluang membawa pulang hadiah utama cabutan bertuah berupa bar emas premium Valcambi seberat 10 gram pada pesta buku yang dijadualkan berlangsung di pusat beli-belah AEON BiG Falim, di sini, bermula 3 hingga 13 Julai depan.

Pengurus Kanan Penajaan, Kerjasama Strategik dan Perhubungan Awam Big Bad Wolf Books Sdn Bhd (Big Bad Wolf), Chloe Lim Sooi Yee berkata, hadiah utama itu ditawarkan menerusi beberapa kempen khas termasuk ‘Spend and Win’ dan ‘Snap and Win’ yang terbuka kepada semua pengunjung.

Katanya, meskipun tidak membeli sebarang buku, pengunjung masih berpeluang untuk melayakkan diri menyertai cabutan bertuah berkenaan menerusi kaedah penyertaan melalui aktiviti di media sosial.

“Jika anda tidak mahu membeli buku sekalipun pada pesta buku ini, ia tidak menjadi masalah kerana kami mempunyai sesuatu yang menarik menerusi kempen ‘Snap and Win’.

“Pengunjung hanya perlu mengambil gambar bersama keluarga atau rakan-rakan di lokasi pameran, memuat naik gambar itu di media sosial dan menandakan atau ‘tag’ pada akaun rasmi Big Bad Wolf Books untuk mendapatkan satu penyertaan cabutan bertuah,” katanya.

Big Bad Wolf Ipoh 2026 menang bar emas 10 gram Keyphrase Synonyms cabutan bertuah bar emas Big Bad Wolf Ipoh pengunjung Big Bad Wolf menang emas Big Bad Wolf Books Ipoh 2026 pesta buku Big Bad Wolf Ipoh hadiah utama bar emas Valcambi 10 gram Related Keyphrase Big Bad Wolf Ipoh 2026 bar emas 10 gram Valcambi pesta buku AEON BiG Falim kempen Spend and Win kempen Snap and Win
Pengurus Kanan Penajaan, Kerjasama Strategik dan Perhubungan Awam Big Bad Wolf Books Sdn Bhd (Big Bad Wolf), Chloe Lim Sooi Yee (kanan) menunjukkan antara bahan bacaan yang akan dijual pada 3 hingga 13 Julai depan. Foto SYAKIR YUSOF, 20 JUN 2026.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Sesi Previu Media Pesta Big Bad Wolf Books Ipoh di sini, pada Jumaat.

Sooi Yee berkata, pengunjung yang berbelanja minimum pada kadar RM85 dalam satu resit pula akan menerima satu penyertaan secara automatik menerusi kempen cabutan bertuah ‘Spend and Win’.

Beliau berkata, sempena hari pembukaan pada 3 Julai nanti, pengunjung yang menyertai kempen ‘Snap and Win’ secara automatik akan menerima lima penyertaan sekali gus menggandakan peluang memenangi hadiah utama tersebut.

Mengulas pemilihan hadiah utama itu, Sooi Yee berkata, bar emas dipilih kerana ia melambangkan nilai ilmu pengetahuan yang sentiasa bernilai sepanjang masa.

“Ilmu yang dimiliki seseorang ibarat emas yang sentiasa berharga. Semakin banyak anda membaca, semakin banyak ilmu dan kemahiran bernilai yang diperoleh,” jelasnya.

Big Bad Wolf Ipoh 2026 menang bar emas 10 gram Keyphrase Synonyms cabutan bertuah bar emas Big Bad Wolf Ipoh pengunjung Big Bad Wolf menang emas Big Bad Wolf Books Ipoh 2026 pesta buku Big Bad Wolf Ipoh hadiah utama bar emas Valcambi 10 gram Related Keyphrase Big Bad Wolf Ipoh 2026 bar emas 10 gram Valcambi pesta buku AEON BiG Falim kempen Spend and Win kempen Snap and Win
Gegantung acara pesta buku terbesar, Big Bad Wolf Ipoh 2026 yang dijadualkan berlangsung di pusat beli-belah AEON BiG Falim, di sini, bermula 3 hingga 13 Julai depan. Foto SYAKIR YUSOF, 20 JUN 2026.

Beliau berkata, pesta jualan buku selama 11 hari itu akan menawarkan sehingga sejuta naskhah yang merangkumi pelbagai genre serta kategori termasuk kanak-kanak, fiksyen dan bukan fiksyen.

Menurut Sooi Yee, pengunjung boleh mendapatkan buku pada harga serendah RM2, RM3 dan RM5 selain menikmati diskaun sehingga 95 peratus bagi judul-judul terpilih.

“Antara tarikan utama pada pengajuran kali ini ialah pelbagai set buku bernilai tinggi yang ditawarkan pada harga jauh lebih rendah berbanding harga pasaran, termasuk koleksi lengkap siri popular seperti Harry Potter,” katanya lagi.

Beliau berkata, pelajar dan guru turut menikmati diskaun tambahan lima peratus dengan pembelian minimum tiga buah buku sebagai sebahagian usaha menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Sooi Yee memberitahu, pelbagai promosi dan ganjaran lain turut ditawarkan termasuk peraduan secara atas talian sebelum acara berlangsung, pemberian baucar tunai RM10 kepada 50 pengunjung terawal setiap hari, serta potongan segera sehingga RM15 bergantung kepada jumlah perbelanjaan.

“Kami menyasarkan jualan antara 800,000 hingga sejuta naskhah buku sepanjang penganjuran Big Bad Wolf di Ipoh pada kali ini.

“Dan pada masa sama, kamui juga berharap dapat terus kembali ke Ipoh pada setiap tahun dengan lebih banyak judul menarik serta tawaran istimewa untuk para pembaca,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Bazar Buku Perak 2024 sasar 30,000 pengunjung

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI