Hasnul Zulkarnain hargai peluang kedua kembali bersama Amanah

IPOH – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) selepas permohonannya untuk menyertai semula parti itu akhirnya diluluskan.

Beliau berkata, permohonan untuk kembali menganggotai Amanah telah dikemukakan sejak tahun lalu, namun ia hanya dipertimbangkan selepas mendapat sokongan daripada kepimpinan parti di peringkat negeri dan nasional.

Hasnul Zulkarnain kembali Amanah Hasnul Zulkarnain sertai semula Amanah Hasnul Zulkarnain kembali bersama Amanah Hasnul Zulkarnain hargai peluang kedua bekas ADUN Titi Serong kembali Amanah keahlian Hasnul Zulkarnain diluluskan Amanah Hasnul Zulkarnain terima semula Amanah Bekas ADUN Titi Serong kembali sertai Amanah Hasnul Zulkarnain tidak mahu bertanding PRU16 Amanah lulus permohonan keahlian Hasnul Hasnul Zulkarnain mahu perkukuh PH Perak
Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi mengesahkan bekas EXCO Kerajaan Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim kembali menyertai parti Amanah selepas enam tahun meninggalkan parti berkenaan susulan kemelut politik yang melanda negara pada 2020 pada Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Tambun 2026 di MH Hotel, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 21 JUN 2026.

“Amanah Nasional pada dasarnya telah meluluskan permohonan keahlian saya dengan syarat-syarat tertentu.

“Justeru pada ruang ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional kerana telah mengembalikan keahlian saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Tambun 2026 yang dirasmikan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi, di sini pada Ahad.

Hasnul Zulkarnain kembali Amanah Hasnul Zulkarnain sertai semula Amanah Hasnul Zulkarnain kembali bersama Amanah Hasnul Zulkarnain hargai peluang kedua bekas ADUN Titi Serong kembali Amanah keahlian Hasnul Zulkarnain diluluskan Amanah Hasnul Zulkarnain terima semula Amanah Bekas ADUN Titi Serong kembali sertai Amanah Hasnul Zulkarnain tidak mahu bertanding PRU16 Amanah lulus permohonan keahlian Hasnul Hasnul Zulkarnain mahu perkukuh PH Perak
Pengarah Pilihan Raya Pemuda Amanah Nasional, Khairol Najib Hashim bergambar pada Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Tambun 2026 di MH Hotel, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 21 JUN 2026.

Menurut Hasnul Zulkarnain, walaupun meninggalkan Amanah hampir enam tahun lalu, dirinya tidak pernah menjauhkan diri daripada dunia politik, sebaliknya terus aktif membantu pelbagai gerak kerja Kerajaan Perpaduan sama ada di media sosial mahupun di lapangan.

“Saya percaya mereka memberi ruang untuk saya kembali kerana yakin dengan sumbangan yang boleh saya berikan kepada parti, terutamanya untuk Amanah Perak dan kawasan Tambun.

“Ini penting dalam usaha kita untuk memenangi semua (kerusi-kerusi yang ditandingi) Amanah di Perak, di samping menguatkan dan memberi nilai tambah kepada Pakatan Harapan (PH) Perak pada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya lagi.

Mengulas sebab memilih kembali Amanah sebagai wadah perjuangan politiknya, Hasnul Zulkarnain berkata, parti itu mempunyai nilai sentimental yang kuat kerana beliau terlibat sejak peringkat awal penubuhannya.

Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi mengesahkan bekas EXCO Kerajaan Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim kembali menyertai parti Amanah selepas enam tahun meninggalkan parti berkenaan susulan kemelut politik yang melanda negara pada 2020 pada Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Tambun 2026 di MH Hotel, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 21 JUN 2026.

“Saya lahir daripada Amanah ini dan terlibat pada peringkat awal penubuhannya. Jiwa dan semangat saya sebenarnya berada bersama rakan-rakan dalam Amanah.

“Apabila mereka menerima saya semula, saya yakin dapat bekerjasama lebih kuat dengan rakan-rakan lama kerana nilai hubungan dan kefahaman itu telah lama terbina,” ujarnya.

Ditanya sama ada terdapat kemungkinan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), Hasnul Zulkarnain menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang hasrat untuk menawarkan diri sebagai calon.

“Untuk peringkat awal ini, saya tidak mempunyai niat untuk bertanding. Saya memahami status saya sebagai ahli yang diterima semula.

“Mungkin parti mahu menilai terlebih dahulu sumbangan yang boleh saya berikan sebelum memberi ruang lain kepada saya pada masa hadapan,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Hasnul Zulkarnain sah kembali ke pangkuan Amanah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI