MBI perlu pastikan agenda bandar pintar beri manfaat kepada rakyat

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) perlu memastikan agenda bandar pintar yang dilaksanakan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat menerusi perkhidmatan yang lebih cekap, tindakan lebih pantas dan kualiti hidup yang lebih baik.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, penggunaan teknologi moden dan sistem digital tidak seharusnya menjadi ukuran utama kejayaan sesebuah bandar raya sekiranya manfaatnya tidak dapat dirasai oleh masyarakat.

“Agenda bandar pintar tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai penggunaan aplikasi, sistem atau teknologi moden.

“Apa yang lebih penting ialah bagaimana teknologi tersebut dapat memudahkan urusan rakyat, mempercepat penyelesaian aduan dan meningkatkan kualiti hidup warga kota di Ipoh,” katanya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Keterampilan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 JUN 2026.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Kecemerlangan dan Anugerah Keterampilan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2025 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), pada Khamis.

Hadir sama Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah.

Menurut Ahmad Suaidi, sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) di ibu negeri Perak, MBI perlu bergerak seiring dengan perubahan teknologi semasa dan harapan rakyat yang semakin meningkat.

Justeru kata beliau, budaya kerja lama perlu diperkemas dengan pendekatan baru yang lebih berasaskan data, inovasi dan penggunaan teknologi secara berkesan dalam mendukung agenda bandar pintar yang selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.

Agenda bandar pintar MBI perlu beri manfaat kepada rakyat Keyphrase Synonyms Bandar pintar Ipoh Agenda smart city MBI MBI tingkatkan perkhidmatan kepada rakyat Teknologi bandar pintar Ipoh Pembangunan bandar pintar Perak Related Keyphrase MBI laksana agenda bandar pintar Bandar pintar tingkat kualiti hidup rakyat Perkhidmatan digital Majlis Bandaraya Ipoh Bandar pintar selari Perak Sejahtera 2030 Ipoh destinasi pelancongan utama negara
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim hadir ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Keterampilan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 JUN 2026.

“Rakyat tidak hanya mahu melihat data, angka atau sistem yang canggih. Mereka mahu merasai kesejahteraan bandar itu sendiri melalui perkhidmatan yang lebih cekap, keputusan yang lebih tepat, tindakan yang lebih pantas dan persekitaran bandar yang lebih selesa untuk didiami.

“Pencapaian atau anugerah yang diterima, sama ada di peringkat antarabangsa, kebangsaan mahupun peringkatan tempatan, sering kita hebahkan kerana ia merupakan sesuatu yang dibanggakan.

“Namun masyarakat di bawah memerlukan untuk mereka merasai sendiri perkhidmatan-perkhidmatan yang kita berikan. Oleh itu, perkhidmatan cemerlang adalah bermaksud perkhidmatan terbaik yang diberikan (dan dirasai) kepada masyarakat,” katanya.

Agenda bandar pintar MBI perlu beri manfaat kepada rakyat Keyphrase Synonyms Bandar pintar Ipoh Agenda smart city MBI MBI tingkatkan perkhidmatan kepada rakyat Teknologi bandar pintar Ipoh Pembangunan bandar pintar Perak Related Keyphrase MBI laksana agenda bandar pintar Bandar pintar tingkat kualiti hidup rakyat Perkhidmatan digital Majlis Bandaraya Ipoh Bandar pintar selari Perak Sejahtera 2030 Ipoh destinasi pelancongan utama negara
Suasana sekitar Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Keterampilan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 JUN 2026.

Dalam pada itu, Ahmad Suaidi berkata, Bandar Raya Ipoh kini berada pada landasan tepat untuk terus berkembang sebagai antara destinasi pelancongan utama negara yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Ujar beliau, sektor pelancongan terbukti menjadi antara industri yang mampu membantu memulihkan ekonomi ketika negara sedang berdepan dengan pelbagai cabaran dan ketidaktentuan global.

Beliau berkata, sejak akhir-akhir ini MBI telah menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam memperkukuhkan imej Ipoh menerusi pembangunan pelbagai produk pelancongan bandar yang semakin mendapat perhatian pelancong tempatan mahupun luar negara.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim (tengah) menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang kepada penerima pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Keterampilan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 JUN 2026.

“Apabila ada beberapa sektor lain yang tidak dapat dilaksanakan dengan optimum, industri pelancongan menjadi penyelamat dan pemangkin untuk memastikan ekonomi kembali berada pada landasan yang baik.

“Saya menyeru kepada Datuk Bandar serta ahli-ahli majlis MBI untuk meneruskan usaha memperkenalkan Ipoh sebagai destinasi pelancongan berteraskan budaya bagi menarik lebih ramai pengunjung ke bandar raya ini,” katanya lagi.

Terdahulu pada majlis, Ahmad Suaidi dan Zamakhshari menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Kecemerlangan kepada 176 penerima dan Anugerah Keterampilan kepada 60 penerima dalam kalangan pegawai dan kakitangan MBI.

Setiap seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Kecemerlangan MBI membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta sijil penghargaan dan cenderamata berupa bar emas, sementara bagi Anugerah Keterampilan MBI pula, setiap seorang menerima wang tunai RM400 serta sijl penghargaan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Program Bandar Pintar antara fokus baharu PBT

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI