PGA rampas 30 pokok hiasan diseludup dari Thailand

KOTA BHARU – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 30 pokok hiasan dipercayai diseludup dari Thailand di Jalan Kuala Jambu menghala ke Teluk Jering, Tumpat, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata rampasan pada kira-kira 7 malam dilakukan anggota yang menjalankan rondaan Ops Taring Wawasan Kelantan selepas menahan sebuah lori Hicom biru dipandu lelaki warga tempatan berusia 26 tahun dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan menemukan 30 pokok hiasan jenis Chlorophytum comosum dipercayai diseludup dari Thailand dan pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan kemasukan pokok hiasan itu yang disyaki berisiko membawa serangga perosak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata soal siasat mendapati suspek mengambil semua pokok itu di  pangkalan haram di Pokok Tar dan dipercayai untuk dihantar ke Tunjong.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM153,000 termasuk nilai pokok hiasan RM3,000,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dengan barang rampasan dan suspek diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Beliau berkata pemantauan di sepanjang kawasan sempadan akan terus dipertingkatkan bagi membanteras kegiatan penyeludupan.

— BERNAMA

 


IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI