Perak salur GKOP sehingga RM30,000 perkasa sektor koperasi

KUALA KANGSAR – Perak terus memperkasa sektor koperasi menerusi penyaluran Geran Koperasi Perak (GKOP) yang menyediakan bantuan sehingga RM30,000 bertujuan  meningkatkan dan memulihkan aktiviti perniagaan koperasi yang memerlukan di negeri ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, pemilihan koperasi penerima bagi tahun ini telah selesai dilaksanakan berdasarkan kesesuaian dan potensi projek pembangunan yang dikemukakan.

Menurutnya, Koperasi Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf) Perak Berhad telah terpilih untuk menerima geran tersebut dengan nilai berjumlah RM18,185 bagi membiayai kos pembinaan tandas dan bilik mandi pusat rekreasi.

“Kita ada bantuan kerajaan negeri untuk GKOP Pulih dan GKOP Urus seperti yang sebelum ini saya maklumkan.

“Pada tahun ini, kita telah pun membuat pemilihan kepada koperasi-koperasi yang bersesuaian untuk mereka bangkit semula ataupun melihat kepada potensi projek-projek pembangunan yang ada dan bantuan sehingga RM30,000.

“Hari ini koperasi tersebut mendapat bantuan lebih RM18,000 lebih untuk tujuan projek pembangunan pelancongan,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Jelajah Hari Usahawan dan Koperasi Negeri Perak 2026 Daerah Kuala Kangsar di pekarangan Masjid Hidayatul Ummah, Kota Lama Kiri di sini hari ini.

Pada program sama, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Perak Berhad turut menerima Geran Perak Cooperative Apprenticeship Program, (Cooperantice) bernilai RM5,000 bagi membiayai subsidi upah pekerja koperasi selama enam bulan.

GKOP Cooperantice adalah satu lagi inisiatif kerajaan negeri kepada koperasi untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan sasar bagi meningkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran koperasi golongan yang berkenaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak perluas Jelajah Hari Usahawan ke mukim, tingkat akses bantuan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI