Pelajar KKT santuni pejuang kanser melalui khidmat solekan percuma

TAIPING – Pelajar Program Sijil Terapi Kecantikan dan Spa (STKS) Kolej Komuniti Taiping (KKT), memanfaatkan kemahiran yang dipelajari dengan menawarkan perkhidmatan solekan secara percuma kepada pejuang kanser sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada mereka.

Kemahiran itu diterjemahkan ketika mereka menyertai Program Wacana Cancer Survivors Malaysia (CSM) ‘Aku Ingin Hidup’ Zon Utara 2026 yang berlangsung di Hotel Grand Alora, Alor Setar baru-baru ini.

Sentuhan solekan yang diberikan bukan hanya bertujuan mencantikkan penampilan, malah membantu meningkatkan keyakinan diri, menceriakan emosi serta menyuntik semangat kepada peserta untuk terus tabah menjalani kehidupan.

Sepanjang program, pelajar dibimbing oleh Pensyarah STKS, Nor Faizah Hassan, bagi memastikan setiap perkhidmatan dilaksanakan secara profesional, beretika dan penuh empati.

Pengarah KKT, Mohd Ridhuwan Muhamad berkata, penglibatan pelajar dalam program seumpama itu membuktikan bahawa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sahaja melahirkan tenaga kerja mahir, malah insan yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

“Di KKT, kami sentiasa menggalakkan pelajar turun padang dan menyumbang kepada masyarakat melalui kepakaran yang mereka miliki.

“Aktiviti kesukarelawanan seperti ini bukan sahaja memperkukuh kemahiran profesional pelajar, malah membentuk graduan yang berjiwa besar, berempati dan sentiasa bersedia berbakti kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, inilah nilai sebenar TVET yang ingin diterapkan iaitu kemahiran yang memberi manfaat kepada insan dan komuniti.

Mohd Ridhuwan turut merakamkan penghargaan kepada CSM atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada Kolej Komuniti Taiping untuk bersama-sama menjayakan program berkenaan.

Katanya, kerjasama strategik seperti itu diharap dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperluaskan impak pendidikan TVET kepada komuniti. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

58,000 pemohon UPUOnline pilih Politeknik, Kolej Komuniti

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI