Perdagangan negara naik 4.7 peratus kepada RM340.9 bilion pada Jun 2026

KUALA LUMPUR – Prestasi perdagangan Malaysia terus mengukuh pada Jun 2026, disokong oleh pertumbuhan berterusan dalam kedua-dua eksport dan import.

Jumlah dagangan pada bulan Jun 2026 terus mengukuh dengan peningkatan 44.7 peratus daripada RM235.6 bilion kepada RM340.9 bilion, didorong oleh pertumbuhan eksport yang lebih kukuh (+45.4%) ber nilai RM177.9 bilion serta peningkatan import (+43.9%) kepada RM163.0 bilion.

Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, lebihan dagangan meningkat 64.9 peratus kepada RM14.9 bilion pada Jun 2026.

Eksport Malaysia meningkat pada Jun 2026, disokong oleh pertumbuhan dalam kedua-dua eksport semula dan eksport domestik.

Manakala eport semula, yang merangkumi 22.1 peratus daripada jumlah eksport, meningkat 48.7 peratus tahun ke tahun kepada RM39.3 bilion.

Sementara itu, eksport domestik yang menyumbang 77.9 peratus daripada jumlah eksport, berkembang 44.6 peratus kepada RM138.6 bilion.

Lebihan dagangan pula melonjak 64.9 peratus kepada RM14.9 bilion, menandakan lebihan dagangan bagi bulan ke-74 berturut-turut sejak Mei 2020.

Peningkatan eksport disokong terutamanya oleh kenaikan penghantaran ke Amerika Syarikat (+RM18.1 bilion), diikuti Singapura (+RM8.1 bilion), China (+RM5.4 bilion), Taiwan (+RM3.1 bilion), Kesatuan Eropah (+RM2.7 bilion), Jepun (+RM2.6 bilion) dan Thailand (+RM2.5 bilion).

Menurutnya, pertumbuhan eksport dipacu oleh peningkatan penghantaran barangan elektrik & elektronik (+RM30.9 bilion), keluaran perkilangan lain (+RM8.8 bilion), keluaran petroleum (+RM4.7 bilion), gas asli cecair (+RM2.9 bilion), barangan optik & saintifik (+RM2.2 bilion) serta pembuatan logam (+RM2.1 bilion).

Peningkatan import pula sebahagian besarnya mencerminkan aliran masuk yang lebih tinggi dari China (+RM15.8 bilion), diikuti Singapura (+RM10.0 bilion), Repulik Korea (+RM4.6 bilion), Amerika Syarikat (+RM4.2 bilion), Taiwan (+RM3.5 bilion), India (+RM2.2 bilion) dan Kesatuan Eropah (+RM2.2 bilion).

Katanya, import mencerminkan aliran masuk yang lebih tinggi bagi barangan elektrik & elektronik (+RM32.0 bilion), keluaran petroleum (+RM5.6 bilion), keluaran perkilangan lain (+RM2.1 bilion), jentera, kelengkapan & peralatan (+RM1.8 bilion), pembuatan besi (+RM1.7 bilion) dan peralatan pengangkutan (+RM1.6 bilion).

Berbanding Mei 2026, import dan jumlah dagangan masing-masing meningkat kepada 13.2 peratus dan 4.0 peratus. Manakala, eksport dan lebihan dagangan masing-masing mencatatkan penurunan 3.2 peratus dan 62.7 peratus.

Jumlah dagangan, eksport dan import bagi tempoh Januari hingga Jun 2026 mencatatkan peningkatan.

Sementara itu, jumlah dagangan merekodkan pertumbuhan dua digit 22.4 peratus, daripada RM1.5 trilion kepada RM1.8 trilion, selaras dengan peningkatan eksport (+27.5%) serta import (+16.9%).

Selain itu, lebihan dagangan turut berkembang 159.8 peratus kepada RM147.1 billion. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI