Dua pelajar sekolah menengah ditemukan maut di Flat Sungai Pari

IPOH – Dua pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di sini ditemukan maut di kawasan Flat Sungai Pari di sini, pada petang Jumaat.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kedua-dua mangsa berusia 14 tahun itu dipercayai telah meninggalkan kawasan sekolah secara sukarela sebelum ditemukan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

“Setakat ini, hasil siasatan tidak menemukan sebarang keterangan yang menunjukkan penglibatan mana-mana pihak lain.

“Walau bagaimanapun, siasatan masih diteruskan dan punca sebenar kematian hanya dapat disahkan selepas laporan bedah siasat serta analisis forensik diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Mohd Alwi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta tampil menghubungi Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kata beliau, pihak polis turut meramkan ucapan takziah kepada kedua-dua keluarga mangsa berkenaan.

“Orang ramai diminta agar menghormati privasi keluarga, tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mengganggu siasatan,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pelajar Tingkatan Lima disyaki minum racun di sekolah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI