SUNGAI SIPUT – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima dikejarkan ke hospital selepas disyaki meminum bahan beracun dalam kawasan sebuah sekolah di daerah ini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan A W Charan berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada hari yang sama.
“Pelajar berkenaan telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah berlaku dikesan,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru beliau meminta orang ramai agar tidak menyebarkan atau menularkan sebarang spekulasi negatif berhubung kejadian itu.
Jelas Charan lagi, masyarakat diminta untuk menghormati privasi mangsa di samping tidak mengganggu sebarang proses siasatan polis.- MG Perak
Artikel Berkaitan:
Pelajar Tingkatan 1 kritikal selepas terjatuh bangunan sekolah


