Polis tahan lelaki serang, ugut penguat kuasa MBI

IPOH – Seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan pihak polis bagi membantu siasatan insiden seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diserang dan diugut pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, suspek telah ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, pada jam 12.40 tengah hari Sabtu.

Katanya, berdasarkan kepada siasatan awal anggota MBI itu diserang dan diugut oleh suspek ketika mangsa sedang menjalankan tugas di Jalan Pengkalan Barat 35, di sini, pada Jumaat.

“Dalam kejadian tersebut, mangsa diserang dan diugut semasa menjalankan tugas mengeluarkan notis kompaun di lokasi kejadian.

“Suspek dipercayai bertindak agresif dengan cuba melanggar mangsa menggunakan kenderaan. Selain itu, suspek turut mengekori sebelum menarik bahagian leher baju mangsa serta mengeluarkan ugutan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Muhammad Najib berkata, dalam kejadian itu mangsa didapati mengalami kecederaan ringan dan susulan itu dia tampil membuat laporan polis.

Menurut beliau, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat bagi melengkapkan kertas siasatan yang dibuka di bawah Seksyen 353 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Polis memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghalang, menyerang atau mengugut penjawat awam ketika menjalankan tugas,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis rampas 75 mesin lombong bitcoin haram di Teluk Intan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI