Dua pelajar maut, seorang kanak-kanak kritikal dipercayai dilanggar pemandu mabuk

TELUK INTAN – Dua pelajar perempuan dilaporkan meninggal dunia selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta dipercayai dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol, petang tadi.

Beberapa video yang tular memaparkan kedua-dua jenazah mangsa ditutup orang awam sambil kedengaran tangisan daripada ahli keluarga mangsa.

Difahamkan nahas berkenaan berlaku di Jalan Padang Tembak berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Setia, di sini.

Turut dilaporkan seorang kanak-kanak lelaki yang berada di dalam kedai berhampiran lokasi kejadian mengalami cedera parah dirempuh kereta berkenaan yang terbabas selepas melanggar dua mangsa yang maut.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian ketika dihubungi memaklumkan kejadian berkenaan masih dalam siasatan pihak polis.

“Masih dalam siasatan,” jawabnya ringkas. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI