Kejayaan PRN tidak berpindah ke negeri lain dengan sendiri, ia perlu diusahakan – Saarani

LENGGONG – Semua ahli UMNO Perak diingatkan supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan besar yang diperoleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini kerana kejayaan itu tidak akan berpindah secara automatik ke negeri lain.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkembangan itu perlu dijadikan iktibar kepada seluruh kepimpinan dan akar umbi parti bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha tersusun, kesatuan serta kerja keras yang berterusan.

Katanya, tumpuan tidak seharusnya hanya diberikan kepada keputusan pilihan raya, sebaliknya perlu memahami proses panjang yang membawa kepada kemenangan tersebut.

“Kita jangan hanya melihat hasil kemenangan. Tetapi tanya diri kita, apakah usaha yang telah dibuat dalam menghasilkan kemenangan itu?

“Jangan sesekali kita beranggapan bahawa gelombang kemenangan di Johor akan sampai dengan sendirinya ke Perak. Ia tidak akan berlaku semudah itu.

“Kerana kemenangan (pilihan raya) tidak pernah berpindah dari satu negeri ke satu negeri secara automatik, (sebaliknya) ia perlu diusahakan, dibina dan dipersiapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong Tahun di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi MARA di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Saarani kemenangan PRN Johor Keyphrase synonyms Saarani Mohamad PRN Johor Kemenangan BN Johor Saarani ingatkan UMNO Perak Kejayaan PRN Johor UMNO Perak persiapan pilihan raya Related keyphrase (5) UMNO Perak Barisan Nasional Johor Saarani Mohamad UMNO Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong Persiapan PRU UMNO Perak
Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menerima cenderahati pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong Tahun 2026 di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF 26 JULAI 2026.

Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, lazimnya umum hanya melihat kepada jumlah kerusi yang dimenangi pada pilihan raya tanpa mengetahui pengorbanan ahli dan jentera yang bekerja sekian lama untuk memastikan kemenangan parti.

Justeru kata beliau, kejayaan itu dibentuk menerusi kesatuan dalam parti, disiplin serta kesanggupan setiap anggota mengutamakan kepentingan organisasi berbanding kepentingan individu.

“Persoalan yang lebih penting bukanlah berapa besar kemenangan yang dicapai di Johor. Persoalan yang lebih penting ialah, apakah yang mereka lakukan sehingga berjaya memperoleh semula keyakinan rakyat,” katanya.

Pada masa sama, beliau yang juga Ketua UMNO Lenggong menegaskan, keutamaan ketika ini ialah memperkukuhkan UMNO di peringkat bahagian kerana kekuatan parti akan menentukan nilai dan kedudukannya dalam apa juga bentuk kerjasama politik pada masa hadapan.

“Kalau parti kuat, kita akan sentiasa mempunyai nilai. Kalau parti lemah, apa juga bentuk kerjasama tidak akan membawa kita ke mana-mana.

“Oleh itu, jangan peningkan kepala kita untuk memikirkan perkara-perkara yang di luar kawalan kita. Fokus dan perhatian kita pada masa ini ialah untuk memperkuatkan parti,” ujarnya.

Tambah beliau, pada akhirnya rakyat akan membuat penilaian berdasarkan prestasi dan khidmat yang diberikan sepanjang tempoh lebih empat tahun mentadbir, dan bukannya berdasarkan hubungan politik antara pemimpin

Jelas Saarani lagi, pengundi akan menilai dan memilih pemimpin yang sentiasa bersama mereka ketika menghadapi kesukaran, mendengar keluh kesah rakyat dan benar-benar bekerja demi kepentingan masyarakat.

“Itulah petunjuk prestasi utama (KPI) sebenar yang akan menentukan sama ada rakyat terus memberikan kepercayaan kepada kita ataupun sebaliknya.

“Sebab itu, daripada kita terlalu banyak bercakap tentang apa yang akan berlaku di rumah orang, lebih baik kita bertanya dengan jujur tentang apa yang sedang berlaku di dalam rumah kita sendiri,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

PRN Johor: Zahid jamin kerajaan negeri kekal selari dengan Persekutuan jika BN diberi mandat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI