MGPerak: Iqtiyani Ulfa Tinggalkan ‘Zon Selesa‘, Cabar Diri Ceburi Perniagaan Emas

93

IPOH – Keberanian bekas penjawat awam meninggalkan kerjaya yang stabil demi mengejar impian sebagai usahawan membuka lembaran baharu dalam hidupnya apabila perniagaan kedai emas yang dibina sejak enam tahun lalu semakin kukuh dan berkembang.

Pemilik Kedai Emas Haifa, Iqtiyani Ulfa Mohd Azamee, 45, yang pernah berkhidmat sebagai pegawai aktuari di Kementerian Kewangan Malaysia selama 10 tahun, membuktikan bahawa peralihan daripada sektor awam ke bidang perniagaan merupakan satu keputusan yang tepat.

Menceritakan detik permulaannya, anak jati Batu Gajah ini mengakui tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang perniagaan kerana sudah terbiasa dengan fasa bekerja makan gaji namun minat mendalam terhadap pelaburan emas akhirnya mengubah persepsi beliau. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #peraksejahtera2030

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini