IPOH – Keluarga dua pelajar perempuan berusia 14 tahun yang ditemui mau di sebuah bangunan kosong di Buntong, di sini, Jumaat lalu dilaporkan dalam keadaan stabil biarpun masih berdepan kesedihan.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, perkara berkenaan dimaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah menyantuni keluarga terlibat.
Katanya, hasil pemantauan mendapati keluarga mangsa dapat menguruskan keadaan dengan baik tanpa keperluan segera untuk sesi kaunseling. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak






