Kios SIHAT AI kukuh agenda bandar pintar, kesihatan digital Perak

BERDASARKAN kepada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, Perak merekodkan kadar diabetes dan hipertensi tertinggi di Malaysia, masing-masing sebanyak 21.7 peratus dan 40.2 peratus.

Pada masa sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 51 peratus rakyat Malaysia tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala, sedangkan kos pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCD) di negara ini dianggarkan mencecah RM64.3 bilion setahun.

Keadaan ini menggambarkan bahawa cabaran kesihatan awam semakin membimbangkan, dengan risiko peningkatan penyakit kronik yang bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan rakyat, malah turut memberi implikasi kepada produktiviti serta kos penjagaan kesihatan.

Kios SIHAT AI Perak Keyphrase synonyms SIHAT AI Perak Kios kesihatan AI Perak Kios pemeriksaan kesihatan AI Ekosistem kesihatan pintar Perak Kios kesihatan pintar Perak Related keyphrase (5) SIHAT AI Digital Perak Ekosistem kesihatan pintar Perak Kios pemeriksaan kesihatan kendiri Teknologi AI dalam penjagaan kesihatan Transformasi digital kesihatan Perak
Gambar hiasan

Susulan perkembangan itu, Perak melaksanakan projek rintis kios pemeriksaan kesihatan kendiri dengan dibantu penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), iaitu Kios SIHAT AI yang kini berada di Perak Techno-Trade Centre (PTTC), Meru Raya, Ipoh.

Inisiatif ini dilaksanakan kerajaan negeri melalui Digital Perak Corporation Holdings
(Digital Perak) dengan kerjasama syarikat swasta Centre of Excellence for Extended Reality Technology Sdn. Bhd. (COEXRT AI).

Melalui usaha itu, COEXRT Al berperanan sebagai pembangun teknologi dan penyedia platform, manakala Digital Perak menerajui operasi perniagaan, pembangunan ekosistem, libat urus bersama pemegang taruh serta pelaksanaan strategi di seluruh negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meninjau kiosk saringan kesihatan ketika hadir pada Majlis Peluncuran Sihat AI Smart Health Kiosk di Perak Techno Trade Centre (PTTC), Bandar Meru Raya, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 JULAI 2026.

Usaha ini juga COEXRT Al dilihat menjadi langkah strategik kerajaan negeri dalam membina ekosistem kesihatan digital yang bukan sahaja memudahkan rakyat menjalani saringan kesihatan, malah membolehkan data yang dikumpul dimanfaatkan bagi membantu kerajaan merancang dasar kesihatan awam secara lebih tepat dan bersasar.

Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak, Mohamad Suhaimi Mohamad Tahir berkata, pembangunan SIHAT AI bukan sekadar memperkenalkan sebuah kiosk pemeriksaan kesihatan, sebaliknya ia menjadi titik permulaan kepada pembentukan ekosistem kesihatan pintar negeri.

“Kita memahami bahawa pembangunan digital tidak boleh hanya tertumpu kepada infrastruktur teknologi semata-mata. Teknologi mestilah memberi manfaat yang nyata kepada rakyat.

“Atas sebab itu, Digital Perak melihat sektor kesihatan sebagai salah satu sektor paling kritikal yang perlu menerima manfaat terus daripada transformasi digital negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Majlis Peluncuran Kios Sihat AI Smart di  PTTC, Bandar Meru Raya, Ipoh, yang disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, baru-baru ini.

Kios SIHAT AI Perak Keyphrase synonyms SIHAT AI Perak Kios kesihatan AI Perak Kios pemeriksaan kesihatan AI Ekosistem kesihatan pintar Perak Kios kesihatan pintar Perak Related keyphrase (5) SIHAT AI Digital Perak Ekosistem kesihatan pintar Perak Kios pemeriksaan kesihatan kendiri Teknologi AI dalam penjagaan kesihatan Transformasi digital kesihatan Perak
Kiosk saringan kesihatan Sihat AI di Perak Techno Trade Centre (PTTC), Bandar Meru Raya, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 JULAI 2026.

Daripada saringan kesihatan kepada ekosistem berasaskan data

Berbeza dengan kaedah pemeriksaan kesihatan konvensional, Kios SIHAT AI dibangunkan sebagai satu ekosistem yang menggabungkan kios fizikal bersama aplikasi mudah alih.

Pengguna boleh menyimpan rekod kesihatan digital mereka, di samping memantau perkembangan kesihatan, menerima cerapan berasaskan AI serta mengakses perkhidmatan teleperubatan.

Antara parameter kesihatan yang boleh diperiksa ialah tekanan darah, glukosa darah, kolesterol, asid urik, suhu badan, kadar denyutan jantung, indeks jisim badan (BMI) dan komposisi badan.

Kiosk saringan kesihatan Sihat AI di Perak Techno Trade Centre (PTTC), Bandar Meru Raya, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 JULAI 2026.

Selain itu, kios berkenaan turut menggunakan analisis AI bagi mengenal pasti trend kesihatan pengguna, sekali gus membantu mereka memahami faktor risiko lebih awal sebelum mendapatkan rawatan lanjut daripada profesional kesihatan.

Walau bagaimanapun, kewujudan Kios SIHAT AI bukan pengganti kepada diagnosis kesihatan sedia ada, sebaliknya ia berfungsi sebagai platform saringan awal dan pemantauan kesihatan yang menyokong amalan penjagaan kesihatan pencegahan.

Lebih penting, setiap data yang diperoleh tidak hanya memberi manfaat kepada individu, malah ia juga berpotensi membentuk pangkalan data kesihatan negeri bagi membantu kerajaan negeri memahami corak kesihatan masyarakat secara menyeluruh.

Jelas Mohamad Suhaimi, pembangunan papan pemuka atau ‘dashboard’ berpusat membolehkan kerajaan negeri mengenal pasti trend kesihatan di sesuatu kawasan seperti daerah yang mempunyai kadar peningkatan risiko hipertensi, obesiti lebih tinggi, dan sebagainya.

Kios SIHAT AI Perak Keyphrase synonyms SIHAT AI Perak Kios kesihatan AI Perak Kios pemeriksaan kesihatan AI Ekosistem kesihatan pintar Perak Kios kesihatan pintar Perak Related keyphrase (5) SIHAT AI Digital Perak Ekosistem kesihatan pintar Perak Kios pemeriksaan kesihatan kendiri Teknologi AI dalam penjagaan kesihatan Transformasi digital kesihatan Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika gimik pelancaran Sihat AI Smart Health Kiosk di Perak Techno Trade Centre (PTTC), Bandar Meru Raya, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 JULAI 2026.

“Maklumat seperti ini akan membantu kerajaan merancang program dan intervensi yang lebih bersasar, berkesan serta memberikan impak yang lebih besar kepada rakyat.

“Justeru itu, inilah nilai sebenar data yang mana ia bukan sekadar himpunan angka, tetapi asas kepada keputusan yang lebih baik demi kesejahteraan masyarakat,” ujarnya.

Pendekatan itu selaras dengan Prinsip Pertama iaitu Keseimbangan Pembangunan Fizikal dan Sosioekonomi di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 yang dicetuskan Saarani, serta aspirasi pembangunan bandar pintar di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Digital Perak 2030 dan Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2040.

Keselamatan data kekal jadi keutamaan

Pelaksanaan Kios SIHAT AI juga memberi tumpuan kepada aspek aksesibiliti apabila kerajaan negeri merancang untuk memperluaskannya ke daerah lain seperti di pejabat kerajaan, pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN), institusi pendidikan, pusat komuniti dan sebagainya.

Fasa awal projekrintis itu melibatkan pembangunan sebuah kios di PTTC sebelum diperluaskan ke beberapa lokasi termasuk DUN Kota Tampan dan Tualang Sekah, namun ia tertakluk kepada penilaian pelaksanaan.

Pada masa sama, kebimbangan terhadap keselamatan data kesihatan turut diberi perhatian apabila Digital Perak memaklumkan keseluruhan ekosistem SIHAT AI mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

Kios SIHAT AI Perak Keyphrase synonyms SIHAT AI Perak Kios kesihatan AI Perak Kios pemeriksaan kesihatan AI Ekosistem kesihatan pintar Perak Kios kesihatan pintar Perak Related keyphrase (5) SIHAT AI Digital Perak Ekosistem kesihatan pintar Perak Kios pemeriksaan kesihatan kendiri Teknologi AI dalam penjagaan kesihatan Transformasi digital kesihatan Perak
Pengunjung melakukan saringan kesihatan di kiosk Sihat AI di Perak Techno Trade Centre (PTTC), Bandar Meru Raya, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 JULAI 2026.

Maklumat kesihatan pengguna disimpan dalam platform yang dilindungi, dan hanya boleh diakses melalui akaun pengguna yang diberi kuasa serta tidak dikongsi dengan pihak ketiga tanpa kebenaran.

Daripada aspek keselamatan pengguna di kios pula, setiap ujian darah menggunakan lanset pakai buang yang digunakan sekali sahaja sebelum dilupuskan mengikut prosedur sisa klinikal.

Semua permukaan serta peralatan yang bersentuhan dengan pengguna akan disanitasi secara berkala, manakala kemudahan pembersihan tangan turut disediakan bagi mengurangkan risiko jangkitan silang.

Kios SIHAT AI Perak Keyphrase synonyms SIHAT AI Perak Kios kesihatan AI Perak Kios pemeriksaan kesihatan AI Ekosistem kesihatan pintar Perak Kios kesihatan pintar Perak Related keyphrase (5) SIHAT AI Digital Perak Ekosistem kesihatan pintar Perak Kios pemeriksaan kesihatan kendiri Teknologi AI dalam penjagaan kesihatan Transformasi digital kesihatan Perak
Kiosk saringan kesihatan Sihat AI di Perak Techno Trade Centre (PTTC), Bandar Meru Raya, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 JULAI 2026.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan Kios SIHAT AI memperlihatkan perubahan pendekatan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan awam apabila teknologi AI, analitik data dan saringan kendiri digabungkan dalam satu ekosistem yang lebih mesra komuniti.

Sekiranya ia dapat diperluaskan, Perak bukan sahaja berpotensi meningkatkan budaya saringan kesihatan dalam kalangan rakyat, malah mampu muncul sebagai antara negeri peneraju dalam pembangunan dasar kesihatan berasaskan data. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Digitalisasi kesihatan kurangkan kesesakan hospital – Hanifah

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI