Kerajaan Perak memperketatkan mekanisme pelepasan lot kuota Bumiputera bagi mengelakkan sebarang manipulasi selain memastikan pemilikan hartanah dalam kalangan golongan berkenaan terus dipelihara.
Langkah itu dilaksanakan selari dengan pengenalan Booklet Hartanah Bumiputera Negeri Perak yang akan dijadikan rujukan rasmi yang menghimpunkan maklumat berkaitan prosedur, syarat, tatacara dan aliran permohonan perumahan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penguatkuasaan itu diambil susulan pengalaman lalu yang menunjukkan terdapat ruang untuk mekanisme pelepasan lot Bumiputera dimanipulasi oleh pemaju. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #MBPerak #Saaranimohamad #BookletHartanahBumiputeraNegeriPerak





