Guru wanita jatuh perigi sedalam lebih lima meter di Pasir Mas

KOTA BHARU – Seorang guru wanita berusia 56 tahun yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 5.48 meter berjaya diselamatkan pasukan bomba, di Kampung Bata Chicha Tinggi, Pasir Mas pagi ini.

Komander Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas Pegawai Bomba Kanan I Asraf Mat Naizi berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 7.50 pagi, sebelum tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian bersama enam anggota.

“Sebaik tiba di lokasi, kami dapati seorang wanita jatuh ke dalam perigi yang terletak dibahagian dapur rumahnya dengan anggaran kedalaman 18 kaki.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pihak bomba dengan menggunakan peralatan menyelamat khas iaitu tali. Mangsa mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang mengajar di sebuah sekolah menengah dekat Pasir Mas itu tinggal bersama seorang anak saudaranya di rumah berkenaan dan menggunakan air daripada perigi berkenaan untuk kegunaan harian.

Asraf berkata kejadian itu disedari adik mangsa yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya selepas mendengar kakaknya meminta tolong sebelum menghubungi pihak bomba.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI