LUMUT – Kementerian Kerja Raya (KKR) memberi jaminan projek pembinaan bilik darjah jenis kabin atau Modular Precast System (MPS) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negara disiapkan mengikut jadual tanpa menjejaskan aspek kualiti dan keselamatan.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bagi pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), sebanyak 29 projek melibatkan pembinaan bilik darjah kabin dan dewan serbaguna terbuka di Perak dengan nilai keseluruhan RM34.2 juta.
Menurutnya, daripada jumlah itu, 25 projek kini sedang dalam pembinaan manakala empat lagi berada pada peringkat perancangan dan kesemuanya perlu disiapkan sebelum Disember ini. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





