Masjid disaran belanja 70 peratus kutipan tabung untuk kariah, pengimarahan

IPOH – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menyarankan supaya masjid di negeri ini membelanjakan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada kutipan tabung tahunan untuk keperluan masjid serta kebajikan masyarakat setempat.

Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, cadangan itu akan dipertimbangkan bersama Jabatan Agama Islam dan Adat Melayu Perak (JAIPk) bagi dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk diperkenankan

Katanya, perkara itu diutarakan sebagai usaha untuk mengimarahkan dan masjid serta memberi manfaat secara langsung kepada ahli kariah, terutama dalam golongan yang memerlukan.

“Wang yang dikutip dalam tabung sepatutnya sebahagian besarnya dibelanjakan untuk masjid, dan bukan hanya duduk dalam bank sahaja.

“Oleh itu, kita cuba untuk galakkan formula kutipan tahunan semasa yang mana 70 peratus daripada yang diterima, disalurkan untuk faedah masjid serta program-program membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Jawatankuasa Kariah Masjid Negeri Perak Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Pengarah JAIPk, Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh.

70 peratus kutipan tabung masjid Keyphrase synonyms: 70 peratus kutipan masjid, kutipan tabung masjid, perbelanjaan masjid, dana masjid, kutipan tahunan masjid 5 Related keyphrase: MAIPk cadang 70 peratus kutipan masjid masjid Perak belanja kutipan tabung kutipan tabung untuk kariah pengimarahan masjid Perak kebajikan ahli kariah masjid
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini ketika sidang media pada Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Jawatankuasa Kariah Masjid Negeri Perak Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 OGOS 2026.

Mohd Annuar berkata, antara manfaat yang boleh dilaksanakan termasuk membantu golongan yang berdepan kesukaran, serta menyediakan kelas tambahan atau tuisyen secara percuma kepada anak-anak kariah daripada keluarga kurang berkemampuan.

Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan berkenaan tidak akan dilaksanakan secara menyeluruh tanpa mengambil kira kedudukan kewangan di setiap masjid.

Jelas beliau, pelaksanaan dasar itu sewajarnya bersifat selektif dengan mengambil kira jumlah kutipan dan keperluan kewangan sesebuah masjid supaya tidak membebankan pengurusan masjid khususnya yang mempunyai dana terhad.

“Pelaburan untuk membangunkan sumber manusia itu lebih tinggi nilainya daripada sekadar wang mendapat pulangan pelaburan.

“Namun kita juga faham kalau masjid kutipan yang diraih pun kecil misalnya dalam RM2,000 atau RM3,000, kita tidak akan laksanakan arahan ini.

“Akan tetapi kalau masjid yang kutipan sampai berpuluh ribu dan sudah ada ratusan ribu, seperti sampai RM300,000 atau RM400,000, hendak simpan sahaja buat apa,” katanya.

Pada masa sama kata beliau, jumlah simpanan masjid yang mencecah ratusan ribu ringgit juga boleh digunakan untuk menyelenggara bangunan masjid tanpa terlalu bergantung kepada pihak kerajaan semata-mata.

“Apabila masjid mengalami kebocoran atau kerosakan, masih ada yang memohon bantuan daripada Pegawai Daerah sedangkan masjid berkenaan mempunyai sumber kewangan kukuh sendiri.

“Pada saya, itu satu kerugian sekiranya wang yang ada tidak dimanfaatkan. Kecekapan pengurusan ialah apabila mempunyai dana, kita gunakan untuk membaiki masjid dan menambah program bagi mengimarahkan masjid,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

‘Sumbangan jangan dibiar kaku dalam tabung masjid’ – Khutbah Jumaat Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI