SUKMA Selangor: Perak raih 23 pingat, Nazirul Iqbal pecah rekod

IPOH – Kontinjen Perak berjaya mengukuhkan kedudukan dengan meraih 23 pingat termasuk enam emas di kedudukan kelapan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor, setakat ini pada Isnin

Atlet menembak, Nazirul Iqbal Roszaini menyumbangkan emas buat kontinjen negeri menerusi acara 10 meter (m) air rifle lelaki di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang.

Lebih manis apabila atlet berusia 18 tahun yang mengumpul 245.9 mata itu berjaya memperbaharui rekod kejohanan 242.5 mata oleh atlet Selangor, Haritz Iklil Hessly Hafiz pada temasya sukan edisi 2022 di Kuala Lumpur.

Pingat perak menjadi milik atlet Sarawak, Rizki Razain Mohammad Isti Syahran yang mengumpul 240.2 mata, manakala wakil Pahang, Muhd Iman Syahmi Mohd Azidi membawa pulang gangsa dengan 218.6 mata.

Selain menembak, setakat ini Kontinjen Perak berjaya memungut emas menerusi acara bola tampar pantai dengan satu emas, angkat berat (dua), serta pencak silat (dua).

Pada masa sama, skuad Belang Tarung Tiga Warna juga cemerlang dalam menambah jumlah pungutan pingat enam perak dan 11 gangsa setakat ini.

Setakat Isnin, pingat perak disumbangkan Puteri Qaira Qistina Hairol Supfian menerusi sukan memanah; Carmila Nadhirah Mohd Noor (petanque individu); serta VN Keshavatharshini Naidu, Nor Alya Aqila Mahathir, dan Nurul Ain Murda (menembak 10m air rifle berpasukan).

Selain itu, gangsa pula disumbangkan atlet olahraga, Muhammad Farooq Muhammad Zubair Kanan dalam acara 10,000 meter; Abdul Hanan Abdul Basir (memanah); Nor Alya Aqila (menembak 10 meter air rifle Individu); serta Nazirul Iqbal, V Hiranraaj dan Muhammad Nu’aim Hussaini Mhd Zuki (menembak 10 meter air rifle berpasukan).

Perak raih 23 pingat SUKMA Selangor Keyphrase synonyms: Perak 23 pingat SUKMA, kontinjen Perak SUKMA Selangor, pungutan pingat Perak SUKMA, Perak enam emas SUKMA, pingat Perak SUKMA 2026 5 Related keyphrase: Nazirul Iqbal pecah rekod SUKMA Perak enam emas SUKMA Selangor kontinjen Perak SUKMA 2026 Nazirul Iqbal Roszaini emas menembak Perak kedudukan kelapan SUKMA
aksi perlawanan yang diwakili kontinjen negeri turut disaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Datuk Khairudin Abu Hanipah serta, Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Ketua Kontinjen Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim. Foto Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Kejayaan Perak menambah gangsa turut diraih oleh atlet menembak, Firas Darwish Shahrulnizam, Naderahj Ng Tuck Seng dan Qabil Huzair Mohd Noranizam bagi acara 50 meter pistol berpasukan.

Sukan catur turut menyumbang gangsa oleh atlet Farihah Nor Aisyah Mohd Azman, Sue Anne Tan, Ibroh Nawwarah Mohd Faris serta Maarya Aimy Mohd Fadly menerusi acara rapid berpasukan.

Di samping itu, aksi perlawanan yang diwakili kontinjen negeri turut disaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Datuk Khairudin Abu Hanipah serta, Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Ketua Kontinjen Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

SUKMA Selangor: Perak mahu bawa pulang keseluruhan 160 pingat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI