Perak Sejahtera ASEAN Youth Conference 2026, buka ruang belia perkasa kepimpinan

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan menganjurkan Perak Sejahtera ASEAN Youth Conference 2026 pada penghujung tahun ini bagi membuka peluang kepada perwakilan Dewan Belia Perak untuk menimba pengalaman bersama belia dari negara ASEAN dan negeri-negeri lain di Malaysia.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, penganjuran program berkenaan menjadi antara usaha memperluas pengalaman dan mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan perwakilan Dewan Belia.

“Kalau pada tahun lalu, Pemukiman Dewan Belia Perak menghimpunkan perwakilan dewan belia dari negeri-negeri lain, inshaALLAH kita akan menjadi tuan rumah kepada program Perak Sejahtera Asean Youth Conference 2026 pada penhujung tahun ini.

“Oleh yang demikian, gunakan peluang ini untuk menimba pengalaman disamping mengasah bakat kepimpinan yang akhirnya mampu meletakkan nama Dewan Belia Perak di tempat yang sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Persidangan Dewan Belia Perak Sesi Kelima di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Khairudin berkata, sepanjang 10 tahun kewujudan Dewan Belia Perak, beberapa perubahan telah dilaksanakan terhadap perjalanan dan kaedah pelaksanaan dewan berkenaan supaya terus berkembang serta kekal relevan kepada golongan muda.

“Saya juga turut mengakui, ada beberapa lompong dan ruang yang perlu diisi untuk memastikan Dewan Belia Perak terus kekal relevan dan menarik minat orang muda untuk menyertainya.

Perak Sejahtera ASEAN Youth Conference 2026
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berucap pada Majlis Penutup Persidangan Dewan Belia Perak Tahun 2026 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 OGOS 2026.

“Sepuluh tahun kewujudan Dewan Belia ini, telah menyaksikan beberapa perubahan terhadap perjalanan dan kaedah pelaksanaan dewan ini.

“Sesuai dengan penambahan peruntukan daripada kerajaan negeri, pelbagai aktiviti dan program dapat dijalankan dan membuka ruang untuk Dewan Belia  terus berkembang,” ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri turut memberi perhatian terhadap agenda pembangunan belia sebagai salah satu perkara penting dalam pembangunan negeri.

“Dalam hal ini, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar sentiasa melihat agenda pembangunan belia, sebagai satu perkara yang penting dan sentiasa dalam perhatiannya.”

Sementara itu, beliau berkata, pada persidangan kali ini sebanyak 11 usul dibentangkan dan antara usul yang mendapat perhatian adalah berkaitan insentif praperkahwinan kali pertama yang disifatkan dekat dengan kepentingan golongan muda.

Antara usul lain yang dibentangkan ialah memperkukuh mobiliti luar bandar melalui sistem pengangkutan awam; memperkasa pembangunan dan kebajikan atlet, insentif Belia Hijau; Perak Youth Wellness Initiative Inisiatif Tani Muda Lestari dan Perak Bersih 2030.

Usul lain yang turut diketengahkan ialah elan Tindakan Belia Pengguna Bijak Negeri Perak; Perak Digital Sentinel 2030; memperkasa pengurusan masjid dan Kad Pelancongan Belia Perak.

Daripada jumlah itu 10 usul telah diterima sebulat suara kecuali usul berkaitan Kad Pelancongan Belia Perak telah ditolak pada persidangan yang bermula semalam dan berakhir petang ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dewan Belia Perak perluas jaringan, perkukuh peranan anak muda

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI