Saarani rasmi logo Pavilion Perak, ‘Road to MAHA’

KUALA KANGSAR – Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad menyempurnakan pelancaran Logo Pavilion Perak dan ‘Road To MAHA’ (Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia), pada Isnin.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun turut hadir ke majlis pelancaran yang diadakan bersempena dengan Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri di Dewan Jubli Perak, di sini.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Mohd Zaki Mahyudin; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) Halizah Sipun serta Pengarah Pertanian Perak, Norsiyenti Othman.

Pavilion Perak MAHA 2026 Keyphrase synonyms: Pavilion Perak, penyertaan Perak MAHA 2026, MAHA 2026 Perak, Road to MAHA Perak, Pavilion Perak di MAHA Related keyphrase — 5 cadangan: Saarani rasmi logo Pavilion Perak Perak sertai MAHA 2026 Road to MAHA Perak MAHA 2026 penyertaan negeri Perak di MAHA
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyempurnakan acara pelepasan kenderaan agensi yang terlibat pada MAHA 2026 di pekarangan Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 OGOS 2026.

Pada majlis, Saarani menyempurnakan pelepasan kenderaan jabatan dan agensi yang akan terlibat pada MAHA 2026 sepanjang tempoh penganjuran Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) Serdang, Selangor, pada bermula 28 Ogos hingga 6 September.

Antara kenderaan jabatan dan agensi terlibat adalah, Jabatan Pertanian Negeri, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perak, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) Spritzer, Tourism Perak, dan sebagainya.

Pavilion Perak MAHA 2026 Keyphrase synonyms: Pavilion Perak, penyertaan Perak MAHA 2026, MAHA 2026 Perak, Road to MAHA Perak, Pavilion Perak di MAHA Related keyphrase — 5 cadangan: Saarani rasmi logo Pavilion Perak Perak sertai MAHA 2026 Road to MAHA Perak MAHA 2026 penyertaan negeri Perak di MAHA
Suasana sekitar acara pelepasan kenderaan agensi yang terlibat pada MAHA 2026 di pekarangan Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 OGOS 2026.

Selari dengan tema penganjuran edisi ke-14 iaitu ‘Penciptaan Nilai untuk Keterjaminan Makanan’, pelepasan itu juga sempena penyertaan negeri dalam mengetengahkan produk, usahawan, teknologi dan potensi sektor agro Perak.

Pada perkembangan berasingan, Saarani juga merasmikan Van Kaunter Bergerak Hasil Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar sebagai usaha meningkatkan kutipan hasil negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika gimik penyerahan replika kunci pada majlis perasmian Van Hasil di pekarangan Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 OGOS 2026.

Pada sidang media, Saarani berkata, ia merupakan sebahagian daripada peruntukan RM1.25 juta bagi lima van untuk Kuala Kangsar, Batu Gajah, Kerian, Bagan Datuk dan Perak Tengah.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk terus mendekati rakyat dan memudahkan akses kepada perkhidmatan kerajaan selaras dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Jabatan Pertanian Perak diminta kemuka cadangan bantu petani hadapi El Nino

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI