Hasnah bina perniagaan dim sum halal, kini tembusi pasaran Semenanjung

BERMULA dengan hanya menghasilkan produk makanan sejuk beku secara kecil-kecilan, jenama Naim Dim Sum Frozen Food atau Naim Dim Sum kini semakin berkembang apabila mendapat permintaan tinggi dari pelbagai negeri di Semenanjung.

Perusahaan yang diusahakan Hasnah Ahmad Shah Azizi, 60, bersama anak bongsu daripada tiga beradik Naim Asyraf Zakaria, 30, itu kini berjaya menghasilkan pelbagai produk termasuk gyoza yang menjadi antara produk paling mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan.

Hasnah berkata, sebelum berpindah ke premis perniagaan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, beliau menjalankan perusahaannya dari sebuah rumah sewa yang dijadikan sebagai bengkel penghasilan produk di Ipoh pada tahun 2016.

dim sum halal Keyphrase synonyms: produk dim sum halal, makanan dim sum halal, dim sum sejuk beku halal, produk makanan halal, dim sum Muslim 5 Related keyphrase: perniagaan dim sum halal dim sum sejuk beku usahawan makanan halal produk halal Perak
Mesin pembuat acuan dim sum digunakan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran Naim Dim Sum Frozen Food ketika tinjauan MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 OGOS 2026.

Kata beliau, empat tahun kemudian pegawai dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menawarkan peluang kepadanya untuk menyewa di salah satu premis perniagaan di RTC Gopeng.

“Ketika itu saya turut menjual hasil produk di pasar tani dan pegawai FAMA telah mencadangkan supaya saya menyewa satu lot perniagaan di RTC Gopeng kerana lebih mudah untuk mereka menyalurkan bantuan serta sokongan.

“Walaupun selepas berpindah, negara dilanda pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, operasi sektor makanan seperti Naim Dim Sum dibenarkan untuk diteruskan, dan saya ambil peluang untuk meningkatkan pengeluaran,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette (MG) Perak, baru-baru ini.

Minat dalam dunia masakan dorong bersara awal

Minat mendalam terhadap dunia masakan dan latar belakang keluarga dalam dunia perniagaan menjadi antara pencetus kepada keputusan Hasnah meninggalkan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Tadbir Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman untuk menceburi bidang keusahawanan.

Hasnah yang memilih untuk bersara awal ketika berusia 50 tahun berkata, pada asalnya beliau hanya menghasilkan produk seperti karipap dan samosa sebelum mula memberi tumpuan kepada dim sum.

Pelbagai variasi dim sum dan gyoza halal keluaran Naim Dim Sum Frozen Food dipamerkan di perusahaan milik Hasnah Ahmad Shah Azizi di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 OGOS 2026.

“Pada awalnya saya membeli produk daripada pengusaha Cina Muslim, tetapi kemudian terfikir untuk menghasilkan sendiri.

“Dan daripada situ, saya mengambil masa kira-kira enam bulan untuk mencipta resepi dim sum sendiri sehingga produk itu diterima pelanggan,” ujarnya.

Tambah Hasnah, selain olahan sendiri, beliau turut mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan berbangsa Cina yang banyak berkongsi pengetahuan mengenai penyediaan dan penghasilan dim sum.

Pasaran semakin meluas

Hasil usaha yang dijalankan itu menyaksikan Naim Dim Sum kini mempunyai sembilan jenis produk dengan antaranya dim sum ‘black pepper’, ayam daging, udang dan ketam serta gyoza yang menjadi pilihan utama pelanggan.

Hasnah berkata, produk lain pula dihasilkan mengikut permintaan pelanggan, manakala kaedah pemasaran dilakukan melalui pasar tani, edaran produk ke kedai makanan sejuk beku di sekitar Ipoh, ejen jualan di Kuala Lumpur, serta tempahan menerusi platform dalam talian.

dim sum halal Keyphrase synonyms: produk dim sum halal, makanan dim sum halal, dim sum sejuk beku halal, produk makanan halal, dim sum Muslim 5 Related keyphrase: perniagaan dim sum halal dim sum sejuk beku usahawan makanan halal produk halal Perak
Hasnah Ahmad Shah Azizi, 60, menunjukkan produk dim sum dan gyoza sejuk beku keluaran syarikatnya, Naim Dim Sum Frozen Food ketika tinjauan MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 OGOS 2026.

“Ketika ini kami sudah menerima tempahan pelanggan dari Johor, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan melalui WhatsApp serta TikTok, sebelum produk dihantar menggunakan perkhidmatan kurier,” katanya.

Bagi Hasnah, usaha menghasilkan dim sum halal juga mempunyai pasaran tersendiri khususnya dalam kalangan pengguna Muslim yang mahu menikmati makanan berkenaan tanpa rasa bimbang mengenai status halal.

“Masyarakat kita pada masa kini semakin mencari-cari produk halal, termasuk dim sum. Dan itu adalah tujuan asal kami iaitu mahu menghasilkan produk dim sum halal dan boleh dinikmati tanpa was-was kerana produk yang kami hasilkan mempunyai pensijilan halal,” katanya.

Produk dim sum sejuk beku di bawah jenama Naim Dim Sum dipasarkan dalam pelbagai variasi perisa termasuk ayam, udang, ketam dan lada hitam ketika tinjauan MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 OGOS 2026.

Menceritakan tentang pemilihan nama perusahaan, Hasnah berkata ia dipilih berdasarkan kepada nama anaknya Naim Asraf Zakaria, sebagai identiti perniagaan yang diasaskan bersama.

Menurut beliau, walaupun kini sedang melanjutkan pengajian di Pulau Pinang, Naim tetap pulang pada setiap hujung minggu untuk membantu ibunya dalam menguruskan perniagaan termasuk mengendalikan media sosial seperti TikTok.

Bantuan, sokongan agensi jadi batu loncatan

Hasnah berkata, perniagaan Naim Dim Sum turut menerima sokongan daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Perikanan Negeri Perak yang menyediakan bantuan bernilai kira-kira RM50,000 dalam bentuk mesin acuan dan pembungkusan.

Ujar beliau, sementara FAMA pula turut menyalurkan bantuan dari segi peluang pemasaran serta penyertaan dalam pelbagai acara termasuk ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) di Serdang, Selangor.

Gambar aktiviti, program keusahawanan dan pencapaian perusahaan Naim Dim Sum Frozen Food menghiasi dinding bengkel di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng sebagai simbol perkembangan perniagaan yang diasaskan Hasnah Ahmad Shah Azizi sejak lebih sedekad lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 OGOS 2026.

“Sebagai Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), saya juga telah terpilih antara usahawan yang berjaya di seluruh Malaysia sehingga melayakkan saya untuk menerima sebanyak RM100,000 sebagai dana suntikan.

“Wang yang diterima itu kemudiannya saya gunakan untuk membeli peralatan sokongan termasuk dua mesin yang diimport dari Taiwan bernilai RM37,000 setiap satu,” jelasnya.

Berkongsi tentang perancangan masa pendek Hasnah berkata, beliau mahu memastikan produk Naim Dim Sum menembusi pasaran di seluruh negara sehingga ke Sabah dan Sarawak dengan memperluas rangkaian pengedaran.

dim sum halal Keyphrase synonyms: produk dim sum halal, makanan dim sum halal, dim sum sejuk beku halal, produk makanan halal, dim sum Muslim 5 Related keyphrase: perniagaan dim sum halal dim sum sejuk beku usahawan makanan halal produk halal Perak
Hasnah Ahmad Shah Azizi, 60, menyediakan hidangan dim sum ketika tinjauan MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 OGOS 2026.

“Bagi jangka masa panjang, saya mengimpikan produk yang kami hasilkan dapat menembusi pasaran di negara-negara jiran serta Timur Tengah.

“Malah, saya juga merancang untuk menilai peluang memasarkan produk Naim Dim Sum ke China susulan potensi besar terhadap pasaran produk halal di negara berkenaan,” katanya.

Usaha yang digerakkan Hasnah menerusi Naim Dim Sum seiring dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030 cetusan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di bawah agenda Sekuriti Makanan, Ekonomi Digital dan Pembangunan Sosial.

Peranan yang dimainkan agensi berkaitan juga selari dengan Flagship Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat serta Lembah Bakul Makanan Malaysia. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Keluar zon selesa, anak muda kembangkan jenama kopi sendiri kepada dua cawangan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI